Hari Pertama: Bangkok, Izza Datang

Walaupun mungkin orang baca catatan Izza ke Bangkok dengan teruja, Tuhan saja yang tahu hati Izza. Perjalanan ini sepatutnya bersama arwah Adam Khaliff. Pasport dia baru siap 2 hari sebelum dia dijemput Ilahi.Seminggu lebih sebelum kami sepatutnya ke Bangkok.

Wahai hati, tenanglah.
Wahai hati, redhalah.
Senyumlah. Itu yang Adam mahu.
Hiduplah dengan bersemangat,
Sampai satu masa, Insya Allah akan kembali memeluk Adam.

Perjalanan bermula jam 4.45 petang dari Penang International Airport dan sampai ke Don Mueang International Airport jam 5.30 petang waktu tempatan. Ada perubahan masa lebih kurang sejam kat situ. Satu lagi airport di Bangkok adalah Suvarnabhumi. Untuk Airasia, kami mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang. Jadi, jika anda nak menempah hotel, perlulah dipastikan pengangkutan dan jarak dari lapangan terbang.

bangkok1
Izza dan Umi

Abang Izza, Pjoe sudah menunggu sewaktu Izza sampai tu. Tapi waktu itu, Umi ada dengan Izza, dia sudah biasa melancong. Jadi tak perlu risau. Sebenarnya Izza pelik juga tengok dia yakin je keluar dari balai ketibaan tu, takkanla dia pandai baca tulisan siam kan. Rupenye, just follow the crowd. Lerr..  Dan untuk pelancong yang pertama kali sampai ke kota Bangkok, Izza teruja melihat teksi yang berwarna-warni. Izza sangat teruja melihatkan teksi berwarna pink tapi rezeki kami malam itu hanyalah teksi berwarna putih.

bangkok2
Teksi di Bangkok. Sangat berwarna-warni. Gambar diambil dari laluan pejalan kaki stesen BTS.

Di Bangkok, tambang teksi bergantung kepada bacaan meter yang dipasang ditambah dengan 50baht (MYR6.00 waktu itu) kepada pemandu teksi. Dan, anda perlu membayar tol sendiri. Tol tidak termasuk dalam tambang teksi tu. Jadi, bayaran dari Don Mueang Airport ke Swissotel Nai Lert Park itu lebih kurang MYR30-40. Izza lupa harga yang tepat.

Malamnye kami makan malam di hotel tu juga. Tak larat nak keluar dah. Ok, kesukaran mendapatkan makanan halal mula terasa. Jadi, pilihan lain yang Izza ada adalah makanan laut. Kalau anda mempunyai alahan kepada makanan laut,anda jadi vegetarian je la, hehe..

bangkok3
Makan malam Izza adalah salmon panggang dihidangkan bersama kentang lecek dan sayuran stim bersama sos lada hitam.
bangkok4
Dari kiri: Urs, Abe, Izza dan Umi.

Makan malam itu menutup tirai hari pertama ketibaan kami di kota Bangkok. Seusai makan malam, kami bersiar-siar di sekeliling hotel yang dipenuhi dengan tumbuhan tropika. Patutlah ramai pelancong dari Barat menggemari hotel ini.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *