Hati yang hancur

Menerima sepucuk surat dari hospital. Laporan perubatan dan post mortem Adam Khaliff telah pun siap. Esoknya Izza ke hospital. Ini sudah kali ke berapa Izza ke sini. Banyak sungguh pengalaman di sini. Banyak yang pahit.

Langkah kaki menggamit memori kejadian pahit Adam. Di saat tangan menerima laporan perubatan dan post mortem Adam, hati merasa sebak. Meneliti bait-bait perkataan dalam laporan tersebut,air jernih menuruni pipi. Menunduk menghadap dinding. Menyapu air mata. Menarik nafas mencari sisa semangat. Kemudian meneruskan langkah pulang. Entah berapa lama akan membawa kesedihan ini. Mungkin sampai akhir usia.

Memori hari terakhir Adam kembali bermain di kotak minda. Ini kali pertama Izza memegang laporan bedah siasat. Milik jantung hati sendiri. Seperti jantung dan hati sendiri yang disiat-siat.

Hari ini, bengkel kereta menghantar gambar terbaru perkembangan kereta Izza. Hmm.. sedih melihat keadaannya.

Terimbas meniti perjalanan perkahwinan yang gagal. Teringat kembali hari-hari penuh trauma dan tekanan perasaan sehingga Izza berundur mengalah. Terasa ingin dikongsi tapi nanti terbuka aib pihak lain.

Biarlah. Bila kita jaga aib orang. Insya Allah, nanti aib kita dijagaNya.

Wahai hati,tenanglah.

Wahai hati,sabarlah.

Senyumlah.

Setiap ujian yang diberiNya, dihulurkan bersama pertolongan olehNya.

3 thoughts on “Hati yang hancur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *