Hari Kedua: Pasar Chatuchak, Bangkok

bangkok5
Bangun dan bersinar!! Rise and shine.hehe..
bangkok6
Bersedia? Chatuchak, kami datang!!

Seusai bersarapan di hotel, kami ke stesyen BTS Phoen Chit dan menaiki BTS ke stesyen Mo Chit. Stesyen Mo Chit adalah stesyen BTS yang terakhir. Harga? Lebih kurang 50 baht. Kemudian kami berjalan kaki mengikuti orang ramai yang memang mahu ke pasar Chatuchak. Laluan kami pada hari itu adalah melalui sebuah taman bunga. Sangat ramai pelancong ke situ jadi anda tidak akan sesat. Dengan syarat, just follow the crowd.

bangkok7
Bawa backpack lagi senang untuk membeli-belah nanti. Segala hasil membeli-belah dimasukkan terus ke dalam beg.

Di Chatuchak market, anda boleh jumpa macam-macam barang. Tetapi perlu dipertimbangkan juga barangan yang hendak dibeli. Terutamanya barang yang mudah pecah atau barangan yang terlalu berat.

Sebelum ini Izza pernah menonton rancangan Mad Market yang dihoskan oleh Hanis Zalikha yang mana lokasinya adalah Pasar Chatuchak. Jadi, dari permulaan rancangan ke Bangkok lagi, memang Chatuchak disenarai awal.

Ok. Chatuchak Market ni tersangatlah besar dan luas. Kalau Pasar Wakaf Che Yeh kat Kelantan tu or Downtown KL tu, andai mungkin boleh habis pusing dalam 2 3 jam, tapi Chatuchak Market ini seperti tidak berkesudahan. Katanya kawasan berkeluasan 27 ekar dibahagikan kepada 27 seksyen dan menempatkan lebih dari 15 000 kedai yang menjual macam-macam benda. Izza suka bila banyak kedai-kedai kecil dihias dengan eksklusif. Cantik..

Harga sangat berpatutan. Yang mahal pun ada, yang murah pun ada. Baju, kasut, pinggan mangkuk, beg, kraftangan, tuala, perhiasan dan sebagainya.. Kami menghabiskan banyak masa kat bahagian kraftangan, jadi apabila memasuki bahagian pakaian kami sudah pun penat. Agak rugi kat situ.

Di sini Izza membeli beg. 1000 baht ( MYR120.00) utk 10 beg dan mendapat percuma 1 beg. Izza beli untuk adik-bradik perempuan n kawan-kawan. Bila balik ke Malaysia, Izza jumpa beg ni di pasar Wakaf Bharu, Kelantan dengan harga RM20 sebuah. Rugi kan Izza tak borong untuk meniaga kat Malaysia. haha..

bangkok8
Sakan betul pilih beg.

Rugi takdelah rugi pun, puas hati membeli belah di situ. Berbaloi untuk wang anda. Dari jam 9.30 pagi sampai la 3 petang tanpa makan. Hanya minum air mineral yang kami bawa dari hotel. Ada kawasan yang menjual makanan, tapi kami tak lalu nak makan. Sebab tak jumpa yang halal. Seluas-luas Chatuchak tu kami jumpa seorang je peniaga yang pakai tudung. Tu pun tak jual makanan. Bila ditanya, rupanya dari selatan Thai. Dan boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. Jam 3 petang kami dah macam nak pitam tengok barang. haha.. Kami pun pulanglah ke hotel.

Bila berselisih dengan orang yang baru sampai di Chatuchak, mereka kelihatan berseri-seri, kemas dan cantik serta penuh bersemangat. Tapi bagi kami yang sudah pun mahu pulang, selekeh pun sudah tidak peduli. Jalan pun sudah tidak larat. JANGAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI. Izza yang pakai sneakers pun pun akhirnya surrender membeli selipar jepun. Tak tahan sakit kaki. Harga 100baht (MYR12.00).

Sesampai di hotel, sempat kami mengecas semula tenaga. Tidur sejenak. Letih yang teramat. Jam 6.30 petang, kami keluar lagi untuk makan malam.Sekali lagi berjalan kaki dari hotel menuju ke station BTS Phloen Chit dan menuju ke Station BTS Siam. tambangnya 14baht (MYR 1.70). Dari situ kami berjalan ke Siam Paragorn.

Kami makan malam di restoren The Famous Fish and Chips. Rasanya betul dah namanya. Menunya lebih kurang The Manhattan Fish di Malaysia. Sekali lagi, Izza memang penggemar makanan laut yang tegar tersangat la seronok kan. hehe..Gambar makan malam tiada sebab semua orang lapar. hehe..

Selepas makan malam, Abang Izza mengidam manisan pula. Jadi kami  makan kek di The 9th. Konsep kedai tu lebih kurang Secret Recipe.

Bangkok 2015
Kiri: Pilihan Pjoe adalah kek perasa teh hijau. Not my taste. hehe. Kanan: Pilihan Izza kek keju perasa yoghurt raspberry.yummy..
Dari kiri: Urs, Helme, Umi, Izza dan Pjoe.
DCIM100MEDIA
Keluarga.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *