Hari Ketiga: Grand Palace di Bangkok

Hari ketiga adalah hari mengenali Thailand dan sejarahnya. Jadi destinasi kami yang seterusnya adalah The Grand Palace di Bangkok..

bangkok4 6
Setiap pagi pasti minum cappuccino atau latte. Sampai pening Izza kafein berlebihan. hehe..

Seusai bersarapan di hotel, kami berjalan kaki ke station BTS Phloen Chit. BTS train adalah pengangkutan utama kami. Kami membeli tiket yang macam kad tambah nilai tu, jadi tak perlulah kami beratur beli tiket setiap kali untuk menaiki train. Sesiapa yang nak ke Bangkok, pilih la hotel yang berdekatan dengan station BTS. Boleh guna teksi tapi Bangkok lebih hebat dari KL, jadi kesesakan jalanrayanya lebih dari KL jugak la.

Dari Phloen Chit kami menuju ke station BTS Siam. Di situ ade stesen pertukaran dengan BTS Skytrain Silom Line. Kami menukar train dan menghala ke Bang Wa. Kami berhenti di station BTS Saphan Taksin. Sebenarnya sewaktu di sana Izza bergantung pada abang je. Tak payah penat-penat pikir. hahaha..

BTS Siam tu adalah station BTS yang paling sibuk. Bukan saja sebab dia interchange antara BTS Silom Line and Sukhumvit Line (Phloen Chit dalam Sukhumvit Line), tapi ia juga menghubungkan BTS train dengan pusat membeli-belah utama di Bangkok antaranya adalah Siam Paragorn, Siam Centre dan Siam Square One. Manakala Central World dan MBK Shopping centre cumalah 5 minit jarak 5 minit berjalan kaki. OK, tipu la 5 minit kan.

Di Saphan Taksin, keluar je dari station BTS, follow the crowds berjalan menuju ke Jeti yang dikenali sebagai Sathorn Pier atau Central Pier. Dan kami menyurusi Sungai Chao Phraya menggunakan khidmat Chao Phraya Express Boat. Tiket sehala berharga 40baht ( MYR5) dan pas sehari berharga 150 baht (MYR18.00)

 

H01B5139

bangkok11

Di atas boat, ada seorang wanita yang merupakan pemandu pelancong la.Dia menerangkan apa yang ada di kiri dan kanan sungai. Yang Izza nak tergelaknya, Izza tak faham apa yang diperkatakan kerana Izza ingatkan bahasa Thailand. Dia pulak bersungguh-sungguh menerangkan. Rupa-rupanya dia bercakap dalam bahasa Inggeris dengan loghat Siam yang tersangat-sangat pekat. haha.. serius Izza tak faham walaupun sepotong ayat. Izza tengok mat saleh pun terpinga-pinga dengar dia cakap. Kesudahannya, tiada seorang pun yang memberikan perhatian.

Bot kami berhenti di Ta Chang. Sekali lagi, just follow the crowds. Sebab semua orang pun nak ke Grand Palace. Di tepi jalan terdapat peniaga kecil-kecilan meniaga.

Tiket masuk adalah 500 baht (MYR 60.00) Kami mula menikmati dan mempelajari senibina dan sejarah Thailand. Mengejutkan, Umi lebih tahu tentang Thailand. Mengenai hikayat Sita Dewi, Ramayana and Hanuman. Terdapat lukisan yang bersambung dan sangat panjang di dinding bangunan. Menceritakan tentang sejarah Thailand beserta mitos-mitosnya. Entah berapa lama masa yang diambil untuk siapkan lukisan tu.

bangkok 2015 3

Izza juga kagum dengan senibina kuil kat situ. Kerana mengikut sumber, dikatakan semua senibina di situ adalah buatan tangan. Dan setiap perincian menunjukkan usaha dan tenaga manusia yang telah digunakan untuk menyiapkan bangunan-bangunan kat situ. Bayangkan tiang sebatang diukir dan diletakkan cermin-cermin kecil sebesar kuku ibu jari. haha.. btul ke ayat Izza ni?

bangkok12

Yang tak seronoknya, kami bertembung dengan rombongan dari kapal pelayaran Princess Cruise. Terlalu ramai dan bising terutamanya kumpulan pelancong dari China. Sedikit terganggu dengan kehadiran mereka.

Bangkok15
Abang sado yang tak bergerak
bangkok16
Halaman di hadapan istana

Cuaca terlalu panas hari tu. Mungkin perlu pergi lebih awal. Kami bertolak dari hotel pun dah jam 10.30 pagi.hehe..

Kami makan tengahari  di sebuah restoren berdekatan jetty. Bertemu dengan seorang pesara muslim. Yang peliknya dia mencadangkan kari hijau ayam kepada kami. Was-was dengan status halal, kami lebih senang memilih makanan laut. Memandangkan Izza berada di negeri gajah putih, Izza memesan tomyamgung makanan laut dengan nasi putih. huhu.. menangis makan tu. memang sedap. Menjelang petang kami pun pulang.

bangkok17

Malamnya kami ke medan selera dalam pusat membeli-belah berdekatan hotel. Kalau tak silap Izza Central Chidlom kot namanya. Tiada hidangan berat yang dapat menarik minat,Lagi pun, makanan tengahari pun dah lambat. Jadi Izza memilih makanan yang manis.

Bangkok18
Pulut Mangga dan kek keju.

Selesai dinner, Kami jalan-jalan window shopping dalam mall tu sebelum balik ke hotel.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *