Hari Keempat: The Platinum, Bangkok

Hari ni destinasi perjalanan kami adalah The Platinum. Tak seperti kompleks membeli-belah lain yang sudah Izza kunjungi di Bangkok ni, The Platinum adalah pusat membeli-belah pada harga yang semua orang mampu. Harga yang sangat berpatutan.

bangkok4 3
Dalam perjalanan ke The Platinum, kami singgah dulu untuk minum kopi. Tapi Izza memilih coklat. Siapa tak seronok kalau dapat minum coklat sejuk?
bangkok4 4
Terlalu banyak kompleks membeli belah sampai lupa gambar ini diambil di mana. Hiasan utama mestilah gajah.
bangkok4 1
Kami melalui kuil Hindu Erawan di mana tempat berlakunya letupan pada bulan Ogos 2015 yang mengorbankan 21 nyawa dan kecederaan kepada lebih 120 orang.

Semasa kami berjalan di kaki lima menuju ke The Platinum, Izza terasa pelik sebab ramai orang membawa bagasi yang besar-besar. Rupanya memang harga bagasi agak murah di sini. Dan kualiti pun memuaskan.

2015-11-21-25 {Bangkok}
Deretan gerai di depan The Platinum dari van yang telah diubahsuai. Sangat comel dan menarik.

Izza membeli 1 bagasi, 1 beg galas, 1 beg tangan dan 2 kemeja. Kemeja pun berharga 300 baht saja. Kualiti macam baju yang dibeli di atas talian.

Di The Platinum, konsep kedainye lebih kurang Kenanga Mall di KL. Borong dan runcit. Dan satu aras untuk 1 jenis barangan. Kalau tak silap aras 1 dan 2 untuk pakaian, aras 3 untuk pelbagai jenis beg dan aras 4 untuk kasut. Lebih kurang macam tu la. Apa-apa pun, berbaloi la. Terutama pakaian.

bangkok4 2
Ratusan mungkin ribuan beg di aras ini.

Di aras kasut, Izza memang tak pandang langsung sebab terlalu banyak kasut sampai nak pitam tengok. haha.. Lagi satu, Izza sangat cerewet dalam soal pemilihan kasut. Terutama dari segi kualiti dan keselesaan. Benda lain tak kisah.

Seusai membeli belah, kami pulang ke hotel. Makan malam terakhir di Bangkok pada kali ini adalah di hotel sahaja. Kepenatan.

2015-11-21-25 {Bangkok} 1
Makanan laut lagi. Izza dan makanan, berpisah tiada.

bangkok4 5

Dengan itu percutian ke Bangkok menutup tirai 2015. Percutian merawat hati dan tempoh untuk menerima hakikat Adam tiada lagi. Percutian ini memang banyak membantu Izza. Terima kasih kepada Pjoe Denan yang merancang percutian ini. He is indeed my crying shoulder.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Lawatan ke Kelantan. Hari Pertama.

Cerita kali ini adalah lawatan Izza ke Kelantan. Pelik bunyinya. Sebab Izza berasal dari Kelantan. Tapi kalau nak kata balik kampung pun tidak juga, sebab sempat menjejakkan kaki ke rumah tidak sampai 2 jam pun.

Perjalanan bermula selepas waktu persekolahan. Hari Jumaat jam 2 petang kami bertolak menaiki bas. Terdapat sekumpulan guru yang menaiki kapal terbang atas perbelanjaan sendiri. Yang pasti, esok hari semua perlu ada di Kelantan untuk program seterusnya. Dan Izza? Sangat teruja. Orang datang ke negeri kita.

IMG-20160429-WA0008
Sebahagian dari kami. Izza sedang menghubungi bas yang belum kunjung tiba. Semua cikgu dengan wajah yang teruja.
IMG_20160506_083306
Ini pula mereka yang menaiki kapal terbang.
IMG_20160506_085002
Tasik Banding. Setiap kali melalui tempat ini pasti merasa kagum, tenang dan damai. Tempat ini semakin dibangunkan untuk tarikan pelancongan.
IMG20160429185448
Kami singgah di Perhentian Titiwangsa, puncak tertinggi di laluan kami.Sejuk. Kebetulan waktu itu hujan rintik-rintik.

Ke Kelantan tetapi tidak singgah di rumah sendiri terasa sangat janggal. Kami sempat ke rumah Izza untuk makan malam.

IMG20160429230258

Seusai makan malam aktiviti diteruskan lagi. Kami menginap di Dynasty Inn Wakaf Che Yeh. Jadi pada waktu malam kami turun membeli-belah di sekitar kawasan tersebut. Walaupun esok, acara seterusnya akan bermula jam 7 pagi, tetapi jam 2 pagi kami masih ‘mengeteh’ di gerai. Sehingga peniaga sudah mahu menutup gerai barulah kami beransur pulang ke hotel.

PicsArt_05-06-12.22.54
Di wakaf che yeh. Jus lobak merah, jus epal dan air soya di dalam botol. Makanan yang dipesan adalah mee cambo dan kerabu maggi seafood. Sangat pedas. Mee cambo juga dikenali di Kelantan sebagai Mee Celup.

Berakhirlah hari pertama di Kelantan

Salon Du Chocolat

Sahabat mengajak keluar. Kenapa tidak? Kelam kabut Izza bersiap. Destinasi kami kali ini adalah Salon Du Chocolat di Gurney Paragorn Pulau Pinang.

Layankan sahaja gambar-gambar ini. Hidangan penuh rasa coklat.

Izza punya.
Izza punya. Dip Sticks Strawberry. RM12.
IMG_20160506_000104
Zura punya. Chocolate Pancake. RM17.50
IMG_20160506_001430
Kami.

Facebook: Salon Du Chocolatt

Alamat: 163D-1-2, Festive Square, Ground Floor of Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, 10250, Georgetown, Penang.
Waktu operasi: 10 pagi to 11 malam pada hari bekerja, 10 pagi to 12 tengah malam pada hari minggu. Dibuka setiap hari.