Lawatan ke Kelantan. Hari Pertama.

Cerita kali ini adalah lawatan Izza ke Kelantan. Pelik bunyinya. Sebab Izza berasal dari Kelantan. Tapi kalau nak kata balik kampung pun tidak juga, sebab sempat menjejakkan kaki ke rumah tidak sampai 2 jam pun.

Perjalanan bermula selepas waktu persekolahan. Hari Jumaat jam 2 petang kami bertolak menaiki bas. Terdapat sekumpulan guru yang menaiki kapal terbang atas perbelanjaan sendiri. Yang pasti, esok hari semua perlu ada di Kelantan untuk program seterusnya. Dan Izza? Sangat teruja. Orang datang ke negeri kita.

IMG-20160429-WA0008
Sebahagian dari kami. Izza sedang menghubungi bas yang belum kunjung tiba. Semua cikgu dengan wajah yang teruja.
IMG_20160506_083306
Ini pula mereka yang menaiki kapal terbang.
IMG_20160506_085002
Tasik Banding. Setiap kali melalui tempat ini pasti merasa kagum, tenang dan damai. Tempat ini semakin dibangunkan untuk tarikan pelancongan.
IMG20160429185448
Kami singgah di Perhentian Titiwangsa, puncak tertinggi di laluan kami.Sejuk. Kebetulan waktu itu hujan rintik-rintik.

Ke Kelantan tetapi tidak singgah di rumah sendiri terasa sangat janggal. Kami sempat ke rumah Izza untuk makan malam.

IMG20160429230258

Seusai makan malam aktiviti diteruskan lagi. Kami menginap di Dynasty Inn Wakaf Che Yeh. Jadi pada waktu malam kami turun membeli-belah di sekitar kawasan tersebut. Walaupun esok, acara seterusnya akan bermula jam 7 pagi, tetapi jam 2 pagi kami masih ‘mengeteh’ di gerai. Sehingga peniaga sudah mahu menutup gerai barulah kami beransur pulang ke hotel.

PicsArt_05-06-12.22.54
Di wakaf che yeh. Jus lobak merah, jus epal dan air soya di dalam botol. Makanan yang dipesan adalah mee cambo dan kerabu maggi seafood. Sangat pedas. Mee cambo juga dikenali di Kelantan sebagai Mee Celup.

Berakhirlah hari pertama di Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *