Ho Chi Minh. Hari Kedua.

Tidak lengkap ke tempat orang tanpa mempelajari sejarah atau tradisi orang tempatan. Kami memilih untuk ke terowong Chuchi atau Chuchi Tunnel dengan pakej pemandu pelancong yang diuruskan oleh Restoren Hajah Basiroh.

Pakej berharga 450 000 dong seorang (RM81.50) termasuklah sarapan pagi dan makan tengahari di Restoren Hajah Basiroh, pengangkutan ke Chuchi tunnel termasuk pemandu pelancong dan juga bayaran tiket ke terowong.

Seawal jam 7.30 pagi kami bersarapan.Seusai bersarapan, van sudah sedia menunggu di hadapan restoren untuk menjemput pelancong-pelancong di hotel lain.Lokasi Chuchi Tunnel adalah 56km dari tempat kami. Lebih kurang 2 jam perjalanan.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}5
Nasi lemak. Tiada beza dengan nasi lemak di Malaysia.

Pemandu pelancong kami seorang lelaki tempatan bernama Thean tetapi lebih selesa dipanggil TinTing.

Dalam perjalanan ke sana,kami singgah di kilang yang membuat barang perhiasan dari kulit telur dan cangkerang. Sangat teliti dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu perhiasan.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}6
Pekerja OKU sedang teliti melakukan tugasnya.
Ayat Kursi dengan menggunakan kulit cangkerang yang disusun halus.
Antara kulit cangkerang yang digunakan, Ada yang besar, ada yang kecil.
Di belakang Izza adalah burung unta yang diukir dari kayu.

Setibanya kami di Chuchi Tunnel,kami bergerak berkumpulan diketuai oleh TinTing. Dia yang memberi penerangan tentang Chuchi Tunnel dan sejarah perang di antara Vietnam yang di bawah pengaruh komunis dan kuasa besar Amerika Syarikat.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}9
Terowong asal sangatlah sempit dan kecil. Kami dibawa meneroka kawasan hutan sekeliling sambil diberi penerangan.

Izza difahamkan perang tersebut berlaku selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Kenapa wujudnya terowong di kampung Chuchi ini? Disebabkan oleh desakan peperangan,rakyat Vietnam terpaksa menggali terowong dan tinggal di dalam terowong untuk mengelak dari dibunuh atau dibom. Mereka akan keluar dari terowong pada waktu malam jika perlu.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}8
Antara barang tinggalan. Kereta kebal. 
Antara replika patung rakyat tempatan yang memakai uniform askar AS.

Akibat terlalu lama tinggal di dalam terowong dan tidak mendapat cahaya matahari setelah bertahun-tahun, ramai di antara mereka yang menghidap kanser kulit. Izza kagum bagaimana orang tempatan menggunakan saki baki bom untuk mendapatkan besi darinya dan diubahsuai menjadi jeriji besi untuk memerangkap dan membunuh tentera Amerika.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}7
Antara perangkap yang dibuat oleh penduduk Chuchi untuk menentang tentera AS.
IMG20160530121009
Ini kali pertama dan terakhir. Taknak dah. 20 meter sudah cukup.

Terowong tempat mereka tinggal bukanlah terowong yang besar. Pelancong dibenarkan memasuki ruang terowong. Izza juga turut mencuba. Tetapi sekadar 20m panjang. K.Farah mampu pergi sejauh 120 meter dalam lawatan pertamanya dulu. 20m pun izza dah terasa claustrophobia. Ketakutan berada di tempat yang sempit. Yang mengejutkan Izza, suasana di dalam terowong terasa sejuk dan nyaman. Tidak sepanas yang Izza sangkakan.

IMG20160530122508
Ada sesiapa mahukan cenderahati? Ular dan kala jengking yang diawet.
IMG20160530121618
Kami dijamu dengan ubi kayu dicicah dengan kacang tanah yang ditumbuk. Makanan penduduk Vietnam sewaktu perang.

Kami menghabiskan masa 4 jam di sini. Menjelang tengahari kami pulang ke Benh Thanh Market. Kebetulan hari hujan. Sempat kami membeli baju hujan dengan harga 10 000 dong (RM1.80) di tepi jalan.

Kami menuju ke Restoren Hajah Basiroh untuk makan tengahari. Pakej termasuklah 1 nasi, 1 lauk, 1 sayur dan 1 botol air mineral seorang. Kami menambah teh tarik 30 000 dong (RM5.40) secawan dan sepinggan popia udang 80 000 dong (RM14.50). Namun, rasa popia udang itu tidak kena dengan selera kami. Huhu..

Popia udang dilapisi dengan kulit popia yang kenyal, diisi bihun,daun pudina,daun salad dan sehiris udang rebus. Dicicah dengan sos.
Popia udang dilapisi dengan kulit popia yang kenyal, diisi bihun,daun pudina,daun salad dan sehiris udang rebus. Dicicah dengan sos.

Kecewa.haha..tapi sekurang-kurangnya kami telah mencuba hidangan ini.

Kami pulang ke hotel. Solat,mandi dan berehat. Malamnya kami mengunjungi pasar malam lagi. Inilah sebab kami memilih hotel berdekatan pasar malam Benh Thanh ini. Jadi, ada la juga aktiviti pada waktu malam. Yang penting,selamat walaupun berjalan kaki.

IMG20160530210255
Pasar malam Benh Thanh.

Tak risau kerana ramai pelancong dari Malaysia di sini. Terdengar juga loghat Kelate di sini. Waktu kami sarapan pagi tadi keluarga di meja sebelah Izza adalah dari Kelantan dan tinggal dekat dengan rumah Izza. Tapi Izza tak kenal la.hehe.. Sekali lagi kami bertembung dengan kumpulan rakyat Malaysia yang dari Kuala Lipis. Yang sempat Izza bersembang di lapangan terbang semalam. Pendek kata,kawasan ini memang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Bila di dalam restoren pun terasa seperti berada di Malaysia.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}12
Tudung Neelofar?? Sangat-sangat murah. Menyesal tak borong banyak-banyak. 8 helai untuk diri sendiri, 5 helai untuk keluarga. Hihi..
2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}13
Hampir setiap malam minum kopi. Nasib baik tak sakit kepala.

Kami terus membeli-belah dan berhenti untuk membeli kopi susu ais dan sambung lagi berjalan-jalan. Di sini kami berkenalan dengan seorang penjual beg bernama David. Haha.. sangat peramah.

Ayat cliche di sini: “Tengok lulu, kak” yang bermaksud “Tengok dulu, kak”. Dan juga ” U beli la. Harga murah. U happy,i happy”.. Tak kering gusi di kedai David.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}11
Makanan laut. Mereka menghidangkan kura-kura, belangkas dan pelbagai jenis siput selain udang, ketam dan ikan.

Jam 11.00 malam kami pulang ke hotel. Berjalan kaki berdua bersama K.Farah. Sesampai di hotel,kami sangat teruja menerima Ao Dai yang kami tempah semalam. Risau juga takut terlebih seksi. Fuh, Alhamdulillah. Seperti yang diinginkan.

Berlalulah hari kedua di Ho Chi Minh. Sempat lagi menonton filem White Chicks sambil makan maggi sebelum tidur.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *