Ho Chi Minh. Hari Pertama.

Percutian ke Ho Chi Minh kali ini terasa unik bagi Izza. Inilah kali pertama Izza ke luar negara bersama Kak Farah dan hanya kami berdua sahaja. Dan kami menyusun sendiri perjalanan kami ini tanpa menggunakan khidmat pakej.

IMG20160529060757
Bila 2 orang ni bergabung, banyak la kerja gila mereka ni. Hehe..

Keluarga Izza sudah mengunjungi bandar ini pada tahun 2013. Malangnya Izza tak dapat ikut serta kerana Adam baru berusia 3 bulan.

Beberapa hari sebelum berlepas ke sana, debaran makin terasa. Teruja, seronok dan risau. Tambahan pula media massa memaparkan kejadian-kejadian buruk yang berlaku kepada rakyat Malaysia ke sana. Namun,hati bertekad mahu pergi. Segalanya disandarkan kepada Allah.

Jam 5 pagi,suami K.Farah menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Walaupun izza hanya tidur 2 jam sebelum itu untuk habiskan menanda kertas ujian pelajar. Mahu bercuti,itulah motivasi paling besar dalam diri.haha.. Kami solat subuh dan berlepas ke KLIA2 jam 6.50 pagi. Setibanya di KLIA2,kami bersarapan di Marry Brown.

Sementara menanti penerbangan kami,kami sempat berkenalan dengan rombongan dari Kuala Lipis yang juga mahu ke Vietnam.

v1
Mula dah.. Cik Izza terlebih peramah sampai boleh bergambar beramai-ramai.

Teruja,sangat teruja. Ini merupakan kali kedua K.Farah ke sana. Dan kali pertama bagi Izza.

Jam 11 pagi kami berlepas ke Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh. Setibanya di sana kami menaiki bas bernombor 109 berwarna kuning iaitu bas shuttle dari lapangan terbang ke Benh Thanh Market dengan bayaran 20 000 dong (RM3.60). Sangat selesa. Terdapat satu lagi bas bernombor 152 untuk ke Benh Thanh Market dengan hanya 10 000 dong (RM1.80). Tetapi bas tersebut biasanya sesak dengan orang tempatan.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}
Pemandangan di hadapan Benh Thanh Market.
Di dalam bas yang sangat selesa.
Kami berselfie di hadapan pasar.

Sebelum itu kami sempat membeli simkad di lapangan terbang. Telco Mobifone berharga 140 000 dong (RM25) untuk data internet tanpa had selama seminggu.

Setibanya kami di Benh Thanh Market,kami berjalan ke hotel yang jaraknya 180m.

Hotel pilihan kami adalah Xavier Hotel. Selesa dan bersih. Cuma sedikit sempit. Layanan yang bagus dan ramah. Yang paling penting pekerja di kaunter mampu berbahasa Inggeris dengan fasih. Mereka meminta untuk menyimpan pasport kami. Mulanya agak keberatan,tetapi apabila dijelaskan untuk mengelakkan kejadian pasport hilang,kami akur.

IMG20160529150117
Bilik kami. Sangat bersih dan berhawa dingin.

Selesai mendaftar masuk,kami tidak melengahkan masa lagi. Ada misi penting yang harus dijalankan.haha..Kami berjalan ke Benh Thanh Market. K.Farah mahu menempah baju kemeja untuk suaminya dan seluar untuk diri sendiri. Izza? Masih terpinga-pinga. Haha..

Benh Thanh Market adalah pasar yang menjadi tumpuan ramai. Barangan kraftangan, beg, baju, kasut dan barangan lain dijual di sini. Berhati-hati agar tidak ditarik untuk membeli. Beg galas dan beg sandang perlu diletakkan di hadapan badan untuk mengelakkan penyeluk saku.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}2
Di dalam Benh Thanh Market.

Nasib baik terjumpa dengan kedai yang pernah K.Farah kunjungi 2 tahun lalu. Malah,pekedai tersebut masih mengenali K.Farah. Yang menariknya di sini,anda boleh memilih fabrik pilihan dan mengupah mereka menjahit baju anda dan dalam masa 24 jam, baju anda akan dihantar ke hotel anda. K.farah menempah baju kemeja dan seluar dengan harga rm90 sehelai termasuk fabrik yang dipilih.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}1
Di kedai baju. Menempah Ao Dai. Sangat teruja.

Izza sudah lama teringin memiliki baju tradisional Vietnam iaitu Ao Dai. Izza menempah Ao Dai dengan harga RM140. Malah turut menpengaruhi K.Farah.haha..

Selesai di pasar, kami ke restoren untuk menikmati menu pertama di bumi Ho Chi Minh. Makan tengahari merangkap makan malam. Bahagian lain di pasar tersebut akan kami jelajahi di hari lain. Restoren Hajah Basiroh menjadi pilihan kami. Di sekitar hotel dan pasar terdapat banyak restoren muslim.Jadi tidak perlu risau tentang makanan halal.

Kami memesan 2 mangkuk pho daging berharga 75 000 dong (Rm13.50) setiap satu, telur gulung 70 000 dong(RM12.60), segelas air plum 30 000 dong (RM5.40) dan limau ais 25 000 dong (RM4.50). Jumlahnya 275 000 dong bersamaan RM50 untuk 2 orang. Boleh tahan juga mahal harga makanan di sini.

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}3
Pho daging rasanya seperti mee celup atau mee cambo atau mee sup di malaysia. Telur gulung berinti ayam,sos dan bawang.

Selesai makan lebih kurang jam 5.30 petang,kami berjalan-jalan di sekitar sambil menanti Benh Thanh Night Market dibuka. Dapat dilihat pekedai-pekedai menarik gerai mereka menggunakan motor.Agak bising dan menakutkan bagi Izza. Rupanya perkara biasa bagi mereka.

Sambil menunggu pasar malam dibuka sepenuhnya jam 7.30 malam, kami berkongsi segelas kopi susu ais yang dijual di tepi jalan. Serius, sangat sedap walaupun Izza bukanlah penggemar kopi tegar. Tak pandang la Starbucks tu.hehe..

2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}4
Kopi Vietnam. Memang terkenal.  
Izza sempat bergambar bersama penjual kopi.

Sempat Izza berbual dengan penjual kopi tersebut. Menurutnya dia mempunyai ramai kenalan dari Malaysia yang pernah melancong ke Vietnam. Dia juga mencadangkan agar kami menggunakan khidmat pemandu pelancongnya untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar itu. Tetapi atas faktor keselamatan, kami menolak dengan alasan sudah ada pakej lain.

Malam diteruskan dengan berlegar-legar dan membeli-belah di pasar malam tersebut sebelum pulang ke hotel. Kemudian disambung lagi dengan makan megi sambil menonton tv. Haha..

Demikianlah berlalu hari pertama di bandar Ho Chi Minh. Tidur malamnya terlalu nyenyak kerana letih dan tidak cukup tidur.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *