Menjelang Hari Lahir ke-30

Melewati hari-hari sebelum menjejakkan kaki ke usia 30, ingatan melayang mengingatkan sambutan hari lahir tahun-tahun sebelumnya. Sejak dari kecil, hari lahir Izza disambut istimewa bersama keluarga. Di universiti, ingatan kejutan hari lahir oleh sahabat-sahabat F4 kekal dalam ingatan. Kemudian sambutan hari lahir dengan suami. Kemudian sambutan dengan Adam. Tahun ini, tiada siapa di sisi. Terasa.

Tetapi, rupanya ada yang merancang sambutan hari lahir Izza dalam diam. Tiba-tiba muncul di depan rumah memegang kek dan belon. Terima kasih buat Natasha, Fazlin dan Umairrah. Pelajar-pelajar yang rapat dengan Izza.

1
Kek Black Forest kegemaran Izza dan warna ungu kesukaan Izza.
2
Apabila terlihat nama anda di atas kek, pasti secara automatik anda akan tersenyum.
3
Di sebalik kejutan. Terima kasih ye semua. Doa saya, moga kamu semua berjaya dunia dan akhirat.
2016-09-04 {30th birthday}
Kejutan diteruskan lagi dengan makan tengahari di Mizi Bistro. Hari yang indah.

Walaupun mereka kata kejutan tak menjadi, tetapi Cikgu tetap terkejut. Sebab langsung tak jangka. Lagi pun, sambutan ini awal 2 hari dari tarikh hari lahir. Hehe.. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *