Ho Chi Minh. Hari Keempat.

Catatan hari terakhir di bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Lama betul draf entry ini tersimpan. Tetapi Izza perlu menyiapkan entry ini sebelum melancong ke tempat seterusnya.

IMG20160601100755
Muka baru bangun tidur. Menikmati roti canai seperti semalam.

Seusai sarapan, kami bersiar-siar menikmati suasana bandar ini buat kali terakhir sebelum berangkat pulang.

viet

Kami disapa oleh sekumpulan mahasiswa yang sedang melakukan tugasan kerja kursus mereka. Tugasan mereka adalah menemuramah orang asing. Kami dengan senang hatinya sudi untuk ditemuramah. Tapi sukar juga memandangkan mereka tidak fasih langsung untuk berbahasa Inggeris. Rasanya lebih senang berkomunikasi dengan peniaga di pasar Benh Thanh.

viet2
DI taman berdekatan pasar Benh Thanh.
2016-05-29 - 01-05 {Vietnam}18
Menikmati jus buah.

Seterusnya kami pulang ke hotel, mendaftar keluar dan menikmati makan tengahari di Restoran Kampung Melayu.

viet3

Entah kenapa Izza set dalam kepala Izza, penerbangan kami jam 11.50 malam. Rupanya jam 11.50 malam adalah waktu kami tiba di KLIA. Waktu kami berlepas adalah jam 9.30 malam. Nasib baiklah Izza sedar awal setelah memeriksa tiket penerbangan. Kalut juga kami dibuatnya. Mujur masih awal. Segera kami pulang ke hotel mengambil beg-beg kami dan berjalan menuju ke stesen bas Benh Thanh.

PicsArt_06-08-04.48.04
Selamat tinggal Ho Chi Minh. Boleh tanda dalam peta dah yang Izza dah sampai ke sini.
Perhentian bas yang siap dilabel dengan nombor bas.
Izza bergambar bersama orang tempatan yang sempat Izza berbual.

Di stesen bas, kami menunggu bas 109 sampai. Sempat Izza menegur mat saleh yang turut menunggu bas. Baru nak beramah mesra, bas dia dah sampai. Ishh.. kalau tak boleh dah selfie bersama. Kecewa. Haha..

Di dalam bas Izza ditegur oleh seorang perempuan tempatan bersama anaknya. Dia juga dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Walaupun ada kekangan bahasa di situ, tapi apa yang Izza faham adalah dia ke Ho Chi Minh kerana anaknya demam selama 16 hari. Di Ho Chi Minh ada hospital yang bagus dari tempat asalnya yang jarak 500km dari Ho Chi Minh. Rupanya anaknya perempuan. Izza ingatkan anak dia lelaki. Opps..

Sementara menunggu waktu berlepas, kami makan malam yang ringkas di Burger King. Yang lawaknya, kami mengira baki duit dong kami yang tinggal. Menu pula ditulis menggunakan dollar. Terkial-kial kami menggunakan telefon untuk mengira duit. Sampaikan jurujual berkata “Dont worry,u have enough money to buy these. And u can add other food too”. Hahaha..terima kasih kerana memahami. Memanglah Burger King Vietnam tiada sijil halal. Jadi kami memesan 2 set cheesesticks dan 2 set fish stick. Sambil menikmati panorama kapal terbang mendarat dan berlepas juga melodrama di hati kerana perjalanan kali ini sudah hampir di penghujung. Entah bila akan berpeluang kembara seperti ini lagi dengan sahabat yang sekepala seperti K.Farah.

PicsArt_06-08-02.39.48
Kiri atas: Cheesesticks
Kanan atas: Fish sticks adalah fish fillet yang dibaluti rumpai laut dan dilapisi dengan breadcrumbs. yummy.. menepati selera kami.

Akhirnya kami hanya membawa pulang 40 000 dong (RM7). Haha.. pandai sungguh kami membeli-belah kan. Usah tanya berapa banyak kami berbelanja. Huhu.. Berdebar juga sebelum boarding sebab beg kami terlebih berat yang dibenarkan.

Tulisan ini dinukilkan sewaktu kami bergelandangan di KLIA. Menunggu hari siang sebelum pulang ke pangkuan keluarga.

IMG20160602011446 Lupakan saja tilam empuk di hotel semalam.Hari ini cuma ada lantai yang keras. haha..
Lupakan saja tilam empuk di hotel semalam.Hari ini cuma ada lantai yang keras dilapisi karpet busuk. Berbantalkan beg sendiri.haha..Yang pasti,ini momen yang tidak akan dilupakan.

Ini adalah kali pertama Izza bermalam di KLIA2. Penerbangan tiba jam 11.50 malam. Seusai solat di surau jam 1 pagi, kami mencari tempat untuk tidur. Banyak tempat dan ramai orang tidur di sekitar itu. Izza dan K.Farah menyertai mereka. Rata-rata tidak sedar dan tidak kisah pun dengan kehadiran kami. Jam 2 pagi hingga 5 pagi memang Izza lena diulit mimpi. Sedar-sedar dah ada seorang remaja lelaki India turut lena di tepi beg Izza. Nasib baik sedar diri ini bergelandangan di sini. Kalau tak, jadi drama dah Izza terjerit di situ.Haha..

Kami ke surau.Solat subuh dan bersarapan nasi lemak KFC bersama secawan kopi. Makan tak pernah tak berselera.

IMG20160602063521

Kemudian, Izza dan K.Farah berpisah menuju ke destinasi masing-masing. K.Farah menaiki penerbangan ke Pulau Pinang dan Izza pula ke Bandar Tasik Selatan menaiki KLIA transit.

IMG20160602073035
Bila di tempat orang, tak kekok untuk bertanyakan tempat dan arah. Tapi bila di negara sendiri, terus hilang keyakinan. Sindrom apakah?

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *