Izza ke Kundasang, Sabah. Hari Pertama.

Banyak yang Izza nak tulis kali ini. 28-31 Oktober 2016 Izza ke Sabah. Kemudian balik ke Penang untuk 39 jam. Kemudian ke Korea pula dari 2-9 November. Balik dari Korea terus mengadap kerja sekolah dan tugasan masters yang menimbun.

Hari ini baru sempat pergi gym, baru sempat beli barang dapur untuk isi stok peti sejuk. Kalau peti sejuk kosong, mulalah makan merapu tak terjaga.

Abaikan semua tu. Macam mana Izza boleh ke Sabah? Bukan dalam perancangan sebenarnya. Tiada dalam senarai tempat yang Izza ingin pergi.

Raya Aidilfitri baru-baru ini, Jaja datang ke rumah. Macam mana boleh kenal Jaja, itu lagi panjang kisahnya. Jaja bagitahu dia akan ke Sabah dengan kawan-kawan dia. Dan Izza, tanpa mengenali mereka, terus tanya Jaja mungkin Izza boleh ikut sekali. Tak Izza duga, jawapan ya dari Jaja. 3 hari selepas itu Izza terus beli tiket ke Sabah. Izza ingatkan perancangan ke Korea mungkin tak jadi. Sudahlah waktu tu belum sambung pengajian masters. Tak dapat lagi jadual kelas masters. Memang betul-betul memperjudikan nasib. Tengok-tengok minggu Izza nak ke Sabah tu jatuh dalam cuti semester. Wohooo!!

Bermulalah hari perjalanan ke Sabah. Pagi ke sekolah Izza dah bawa bagasi bersama-sama. Bunyi saja loceng yang terakhir, terus Izza panggil Uber untuk ke lapangan terbang. Jam 5 petang terbang ke KLIA, kemudian menaiki ERL ke KL Sentral. Bertemu untuk pertama kalinya dengan Kak Ayu, kawan Jaja yang juga salah seorang yang akan ke Sabah nanti.Haha.. ini memang kerja gila. Ingat lagi, jumpa depan McD KL Sentral. Dia dari Negeri Sembilan. Kemudian kami naik train ke stesen Angkasapuri dan Jaja jemput kami di situ. Makan malam sebelum ke rumah Jaja.

DI rumah Jaja, tidur tak sampai 3 jam. Jam 3.30 pagi kami ke KLIA. Di KLIA bertemu pula Alifah dan Kak Aliya. Perkenalan jam 3 pagi siapa nak mesra? Haha.. Hai hai macam tu je la. Cuak juga rasa. Macam mana nak menghabiskan masa 4 hari dengan orang-orang asing ini. Teruskan berfikiran positif. ( Baca sampai habis macam mananya gilanya Izza bercuti dengan mereka ini. Saat menulis ini pun terasa rindu pada mereka).

Penerbangan jam 6.30 pagi dan sampai jam 9.00 pagi di Kota Kinabalu. Memang tidur je la di dalam pesawat. Bila dah sampai, masalah paling besar bagi Izza adalah untuk ambil bagasi dari tempat penyimpanan bagasi. Bangun dari tempat duduk, seorang lelaki memberi laluan untuk Izza keluar. Terus Izza minta tolong dia ambilkan bagasi “Sir, can you please help me?” Sambil menunjukkan tempat bagasi. “Oh, sure”. Selepas bagasi bertukar tangan, terus Izza berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih. Tanpa menoleh ke belakang. Sebab lelaki yang tolong Izza tadi adalah Razif Hashim, pengacara The Best in The World. Hahahha..

14733128_1164171530286580_2825831603068993536_n1
Dia yang tolong Izza angkat beg hari tu.
Pic: IG dia

Pedulikan Razif. Yang penting.. Sabah, kami dah sampai!!!

Kundasang Hari Pertama. Kundasang Hari Kedua. Kundasang Hari Ketiga. Kota Kinabalu Hari Keempat. Kota Kinabalu Hari Kelima.