Izza ke Kundasang, Sabah. Hari Kedua.

Di luar lapangan terbang, John sudah menanti kami. John adalah pemandu kami yang diatur oleh Alifah. Izza sangat berterima kasih pada Alifah sebab dia yang aturkan semua percutian ini. Harap boleh bercuti bersama-sama lagi.

img-20161028-wa0001

Dari lapangan terbang Kota Kinabalu, kami terus ke Kundasang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami berhenti di Jambatan Tamparuli yang merentasi Sungai Tuaran. John memberhentikan van memberikan kami peluang menikmati pemandangan dari atas jambatan Tamparuli.

3 4 5

Perjalanan diteruskan lagi ke tempat penginapan kami iaitu D’Olundus View Lodge di Pekan Kundasang. Penginapan yang sangat strategik, kerana di hadapan hotel kami adalah deretan kedai yang menjual bermacam-macam hasil keluaran Kundasang. Restoran dan kedai makan juga senang didapati. Kami makan tengahari di  Restoran Puncak homestay, di tepi D’Olundus. Walaupun servisnya agak lambat, tapi makanannya sangat sedap.

img20161028140154
Tempat penginapan kami untuk 2 malam. Kami sangat berpuas hati.
img20161028130541
Muka-muka kelaparan.
img-20161029-wa0097
Sebab terlalu lapar, cuma ini gambar yang sempat.

Selesai makan, bersolat dan tiada masa untuk rehat, destinasi pertama kami ialah Desa Cattle Dairy Farm. Jaraknya 6km dari D’Olundus. Sejukkk.. Kami tiba pada waktu yang tepat, mereka sedang memerah susu lembu. Sangat teratur proses memerah susu. Seronok melihat lembu beratur menunggu giliran. Kami juga sempat menikmati aiskrim yoghurt, susu dan yoghurt. Aiskrim yoghurt sangat sedap! Perkara yang wajib dilakukan di sini adalah bergambar dan bergambar dan bergambar. Setiap sudut adalah sangat sesuai untuk Instagram anda. Opss! Walaupun tak sampai 24 jam berkenalan dengan mereka, tetapi kegilaan masing-masing sudah terserlah. haha..

img-20161028-wa0055

img-20161028-wa0154
Mereka patut ambil Izza sebagai duta tempat ni. Haha
img-20161029-wa0097m
Wajib bergambar berlatarbelakangkan batu ini.

Hari diteruskan lagi, kami singgah di Kundasang War Memorial. Cantik sangat!!Tempat ini dibangunkan pada 1962 sebagai tanda peringatan kepada banduan British dan Australia yang mati disebabkan kelaparan dan sakit begitu juga orang tempatan yang mati pada era pendudukan Jepun pada perang dunia kedua.  Begitulah sedikit sebanyak yang Izza dapat tahu tentang tempat ini. Tempat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang menempatkan taman-taman yang berlainan yang sangat cantik. Bayaran masuk adalah RM5.

img_20161028_173731
Life knocked me down several times but I still get up. Stronger than before.
img-20161028-wa0175
Poster CD album Backstreetboys. Haha..
img20161028170943
Jangan lupa bersiaran bersama saya, Izza dalam rancangan Nona di TV3. Hahaha..

John menghantar kami ke D’Olundus. Jam menunjukkan 6.00 petang tetapi keadaan sudah gelap. Kami berjalan kaki ke deretan kedai di hadapan D’Olundus. Sempat lagi makan durian di sini.Banyak sayur-sayur segar dijual di sini. Izza membeli cendawan dan kuih cincin yang popular di Sabah ini.

img-20161028-wa0022
Kebetulan terjumpa durian.
img-20161028-wa0026
Antara hasil Kundasang yang dijual.
img20161028184108
Makan malam di restoren D’Olundus.

Satu peristiwa yang Izza takleh lupa sampai hari ni adalah peristiwa rama-rama terbang masuk dalam pinggan wantan mee Kak Ayu. Dah la sebelum tu terjerit-jerit tudung masuk dalam pinggan kena kuah. Hahaha.. ( tengah taip ni pun Izza dok gelak sorang-sorang. Serius rindu!)

Dah balik ke bilik pun, malam belum lagi berakhir. Sampai orang D’Olundus pun pening melayan kami. Mula-mula minta tilam lebih, lepas tu minta betulkan pintu yang rosak. Lepas tu ajak minum kopi. Eh, tak.. takk. Gurau je. Hehee.. Malam berakhir dengan sesi pillow talk dengan Kak Aliya dan Kak Ayu sampai ke tengah malam.

Kundasang Hari Pertama. Kundasang Hari Kedua. Kundasang Hari Ketiga. Kota Kinabalu Hari Keempat. Kota Kinabalu Hari Kelima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *