Izza ke Kundasang, Sabah. Hari Ketiga.

Pagi yang sangat sejuk. Rasa taknak keluar dari selimut. Tapi ada yang lebih penting untuk dilakukan.

2
Petang semalam waktu kami sampai, gunung ini tidak kelihatan ditutup awan tebal. Pagi ini, kami berpeluang menikmati pemandangan ini, terasa bertuah sangat.

Kagum dengan keindahan Gunung Kinabalu yang tersergam hebat di hadapan kami. Izza tak pernah bayangkan dapat melihat gunung ini di hadapan mata. Kami bersarapan di D’Olundus.

Kami ke Poring Hot Springs & Nature Reserve. Kami meminta satu bilik kolam air panas untuk kami berlima. Harganya ialah RM15 untuk 1 jam.  Bilik yang dilengkapi dengan bilik air dan terasing dari tempat mandi awam sangatlah selesa. Perancangan untuk mandi-manda di kolam air panas Izza tangguhkan dahulu sebab ada yang lebih menarik dari itu.

3
Bersedia?

Canopy walk dalam kawasan itu lebih menggoda Izza. Memandangkan yang lain ingin terus mandi, hanya Izza dan Jaja mendaki bukit untuk ke canopy walk tersebut. Di hadapan kami ialah sekumpulan lelaki dari Kuala Lumpur.

4
Laluan menuju ke canopy walk.
5
Gayat? Haruslah. Nak nangis pun ada. Haha.. Takut tapi teruja.
6
Bila merantau, Izza ni memang peramah terlebih. Hehe.. Bersama penjaga jambatan.
7
Keindahan alam yang tak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

Tercungap-cungap juga untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi tetap bersemangat. Tak sia-sia hasil ke gym dan brisk walk selama ini. Haha.. Saat yang paling gembira bila kumpulan lelaki tersebut melaungkan kepada kami ” Dah sampai dah, sikit je lagi”.Haha..

Ini pengalaman pertama Izza dengan canopy walk. Ok, gayat. Tapi seronok. U can feel the adrenaline rush in your body. Pemandangan hutan menambahkan rasa kagum Izza dengan kekuasaan Ilahi.

Perjalanan mendaki bukit ialah 550m dan menuruni bukit ialah 450m. Panjang jambatan ialah 175m dengan tinggi 43m dari tanah. Terdapat 5 jambatan yang disambung dengan 4 platform. Dan kami menggunakan 55 minit untuk mendaki naik, melalui jambatan dan turun bukit. Rekod yang bagus untuk kali pertama.

8
Dengan salah seorang dari kumpulan lelaki dari Kuala Lumpur.

Apa-apa pun, bangga dengan diri sendiri dan Jaja. Hehe.. Teruskan mencabar kemampuan diri.*menepuk bahu sendiri*

9
Kami berjaya!! Canopy walk, checked!

Kemudian kami menyertai Kak Aliya, Alifah dan Kak Ayu yang dah lama berendam di kolam air panas. Sejam berendam air panas. Yang bagusnya ada pilihan air panas dan air suam.

10
Muka-muka kami di hadapan bilik kolam air panas tertutup.
11
Selesai bermandi-manda, dapat pula minum air kelapa. Indahnya hidup ini.

Masa untuk makan, dan makanan tengahari kami sangat sedap. Mungkin juga sebab lapar. Sebab tu semua rasa sedap. Haha..

13
Kalau macam ni, jangan kacau. Harimau lapar.
14
Ikan masak tiga rasa, sayur campur, kepak ayam goreng dan ikan bakar. Sangat sedap. Terima kasih John bawa kami ke tempat ini.

Dalam perjalanan pulang, John memberitahu kami bahawa ada bunga Rafflesia sedang kembang. Terus kami teruja. Walaupun kami perlu bayar RM20 seorang kepada penduduk kampung yang menemui dan menjaga bunga tersebut.

12
Bunga Rafflesia yang sudah hampir layu. Tapi sekurang-kurangnya kami masih berpeluang melihat sendiri. Pengalaman yang tak ternilai dengan wang ringgit.
15
Bersama pelancong dari Italy yang menumpang kami.

Masa untuk kembali ke D’Olundus. Dari jam 2.10 hingga 4 petang Izza tidur kepenatan. Ruginya, datang jauh-jauh tapi tidur je. Sepatutnya jam 4 petang kami akan ke kaki bukit. Tapi John menangguhkan kerana hujan dan jalan licin untuk ke sana. Jam 5 petang barulah kami ke kaki bukit Gunung Kinabalu.17

Hujan masih turun rintik-rintik menambahkan kesejukan kami. Tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus menikmati keindahan ini. Sayangnya kami tak dapat masuk ke taman negara kerana kaunter telah pun tutup.
Kami bergambar dalam hujan. haha.. Sempat kami menegur seorang lelaki dari Filipina. Menurutnya, dia dan kumpulannya akan mula mendaki esok hari.

18
Sejuk!!
Pocho dari Vietnam. Kenangan melintas jalan meredah hujan dengan Kak Farah.
16
Paling kanan,itulah pendaki dari Filipina.

Hari mulai gelap. Kami singgah di Restoren Puteri Nabalu. Menurut John, restoren ini kepunyaan Bernard Giluk Dompok, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang menarik di sini adalah pilihan kek dan juga steamboat. Terdapat juga hidangan buffet tapi kami memilih steamboat sesuai dengan cuaca sejuk di luar. Hidangan steamboat kami pada hari itu ialah RM 110 untuk 5 orang.

 

19
Di hadapan Restoran Puteri Nabalu.
20
Steamboat kami.

Malam terakhir kami di Kundasang diisi dengan sesi makan kek dan bercerita di D’Olundus. Izza rasa rumah kami paling bising di situ. Haha.. Bila nak tidur, tiba-tiba bekalan eletrik terputus. Terjerit kawan kami dari dalam bilik air. Hahaha.. Macam-macam la. Rupanya, air juga terputus bekalan bila elektrik tiada.

21

Kundasang Hari Pertama. Kundasang Hari Kedua. Kundasang Hari Ketiga. Kota Kinabalu Hari Keempat. Kota Kinabalu Hari Kelima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *