Airmata biru di Pulau Sembilan

Kali ini Izza menyertai Ce Ah, kawan sekelas Izza sewaktu di MRSM dulu bercuti ke Pulau Sembilan. Pada mulanya Izza hanya ingin bertandang ke rumah Ce Ah di Teluk Intan. Tapi malangnya Ce Ah perlu kerja. Tapi dia ajak Izza ikut sama ke Pulau Sembilan hari lain. Terus saja Izza bersetuju sebab memang Izza bosan di rumah menunggu sesi persekolahan bermula.

Hari Sabtu Izza memandu ke Teluk Intan dan bermalam di rumah Ce Ah. Hari Ahad jam 6.45 pagi kami berenam memandu ke Jeti Sungai Burung, Bagan Datoh. Sebelum itu kami bersarapan di pekan Bagan Datoh. Untuk ke jeti, kami berjalan melalui kawasan perkampungan nelayan Cina. Satu pengalaman yang baru bagi Izza. Jam 8.30 pagi kami menaiki bot di jeti berbekalkan jaket keselamatan membuatkan Izza sangat teruja.

IMG-20170102-WA0066

FB_IMG_1483328271028
Di jeti sebelum menaiki bot.
FB_IMG_1483328186095
Kami sudah sampai!.
Sangat teruja.
IMG20170101091347
Sampai di pulau, kami diberikan 3 khemah yang siap terpasang. Izza berkongsi khemah dengan Ce Ah.

Seterusnya adalah aktiviti bebas, kami mengambil peluang bergambar dan bermandi manda di tepi pantai. Mandi sampai pedih muka kerana terkena air garam dan sinar matahari terik. Perasaan yang tenang melihat ombak memukul pantai, langit yang cerah dan burung helang berterbangan di dada langit.

IMG20170101100251

IMG-20170101-WA0021
Panas terik tidak dihiraukan. Yang penting pengalaman. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan sunburn nanti. Balik nanti la baru nak bising. Haha..

Jam 11.45 pagi kami makan tengahari. Semua lauk yang disediakan oleh pihak agensi ialah makanan laut.

IMG20170101115037

Semua arahan diberikan dalam bahasa Cina memandangkan majoriti adalah kaum Cina. Tetapi, pekerja yang bertugas akan menghampiri kumpulan kami terlebih dahulu menyampaikan maklumat dan jadual program.

Seterusnya aktiviti bebas lagi. Memandangkan air belum pasang untuk kami pergi snorkelling, kami cuma berehat di tepi pantai menyaksikan orang bermain buaian dan bola tampar pantai. Sempat Izza terlena di kerusi tersebut.

IMG-20170102-WA0158

Jam 2 petang kami dijamu lagi dengan minum petang. Awalnya minum petang. Bubur kacang, cucur udang dan buah tembikai.

Kami sempat bermain di pantai. Yang menariknya, di pulau yang sama, satu bahagian tempat kami mandi tadi airnya sejuk. Di bahagian yang bersebelahan dengannya, suhu airnya agak panas dan batu-batu karang tumbuh. Terdapat banyak gamat dan ikan-ikan di celahan batu.

IMG20170101132332

IMG-20170102-WA0056
Sea cucumber. Timun laut? Gamat?

Selesai makan jam 3 petang, kami dibahagikan mengikut kumpulan dan menaiki bot berasingan menuju ke kawasan snorkelling. Kali pertama Izza snorkelling waktu tingkatan 4 dahulu di Pulau Perhentian. Itu pun di tepi pantai. Kali ini berbekalkan jaket keselamatan dan peralatan snokelling, Izza antara yang turun ke dalam air paling awal. Haha.. konon berani. Bila masuk dalam air baru terasa panik sementara nak menyesuaikan diri. Sempat juga tertelan air masin. Haha..

IMG20170101151123
Muka pucat. Ini bukan percutian diva.

Malangnya dek kerana rabun, Izza tak nampak pun dalam air. Jadi Izza lebih selesa mengapungkan diri dan bermain air. Itu pun tidak berani pergi jauh dari bot. Haha.. Dan Izza antara yang terakhir menaiki bot, itu pun setelah dipanggil.

IMG-20170102-WA0037
Indah.

Perjalanan bot diteruskan ke pulau lain. Pelik juga apabila pemandu bot mengeluarkan satu plastik besar berisi roti. Rupa-rupanya terdapat seekor babi hutan tinggal di pulau tersebut. Sangat jinak. Terus sahaja dia mendapatkan roti yang dibawa. Menurut kepercayaan kaum Cina, sesiapa yang menyentuhnya akan mendapat tuah. Pelik kenapa ada seekor babi di pulau itu. Menurut sumber, babi tersebut berenang ke pulau itu.

“Ini tahun baru, you dapat tengok ini babi hutan, you dapat banyak luck nanti.”

“Oh ye ke? Ini tahun apa?”

Tahun ayam. Tengok, ada seekor ayam jantan tepi babi tu. Awal-awal tahun you sudah tengok. Memang banyak luck nanti

Haha.. Izza pun layan ketawa sekali. Tak berani turun pun dari bot. Hehe.. Hanya memerhati dari jauh.

Balik ke pulau kami, Izza sekali lagi menikmati makanan yang masih tersedia seorang diri. Nikmatnya makan menghadap laut sambil memerhatikan bot-bot yang datang dan pergi.

IMG20170101162020
Pemandangan waktu itu. RIndu.
Mungkin Izza akan ulangi lagi percutian ini.
Mungkin juga solo.

Selesai makan, Izza membersihkan diri dan solat di dalam khemah. Selepas itu berehat sebentar sebelum dipanggil lagi untuk makan malam jam 6 petang. Menunya steamboat makanan laut. Kegemaran Izza. Haha..Habislah azam diet tahun 2017.

FB_IMG_1483328198912
Kami!
IMG20170101180125
Sangat menggoda.

IMG20170101180604

Kumpulan kami ditempatkan dengan satu keluarga dari Kuala Lumpur. Sebenarnya cuma kumpulan kami yang Melayu. Selebihnya ialah Cina. Namun kami tidak berasa kekok untuk berbual. Ramai yang menegur dan beramah mesra dengan kami.

IMG20170101190955
Senja di pulau.

Selesai steamboat, kami berehat di tepi pantai. Tapi tak lama, selepas maghrib kami ke khemah dan berehat. Sebenarnya tidur. Sampai ke malam. Bunyi mercun membuatkan kami terjaga. Tetapi kerana keletihan,kami sambung tidur lagi. Kami terlepas menu tengah malam iaitu bubur makanan laut.

Jam 11. 45 malam, Izza dan Ce Ah turun ke pantai. Mencari matlamat utama kami sampai ke pantai ini iaitu untuk melihat cahaya biru plankton di gigi air.

5
Sumber : Blogspot
3
Sumber : Blogspot

Pantai tidak sunyi. Ada kumpulan di sana sini turut mencari plankton. Memang teruja sampai kami terjerit-jerit setiap kali ternampak cahaya biru.

Menurut pekerja di situ, plankton biasanya lebih banyak jam 3 pagi. Tetapi kamera telefon tidak dapat merakam cahaya biru tersebut. Sama seperti kelip-kelip di Kuala Selangor. Tetapi pekerja tersebut memberi tips supaya mengambil gambar menggunakan aplikasi camera 360.

2
Sumber : Blogspot

Kami naik ke khemah. Izza belum solat Isyak. Kemudian sambung tidur mengharapkan untuk bangun lagi jam 3 pagi. Sempat lagi mengunyah kudapan sebelum tidur.

Jam 3 pagi kami bangun. “Ce Ah, kita nak turun ke pantai lagi ke ni?”

“Tak payah la Izza, tadi kita dah tengok. Sama je macam tadi”. Hahaha.. Sambung tidur sampai ke pagi.

Keesokan harinya, kami bangun pagi, bersarapan dan menaiki bot kembali ke daratan. Baru sedar kulit dah jadi hitam terbakar dek sinaran matahari. Haha..

FB_IMG_1483328173400
Waktu untuk pulang.
Tak puas rasanya meluangkan masa di sini.
Tenang. Jauh dari hiruk-pikuk kota.
IMG20170102100941
Singgah di kedai untuk bersarapan pagi. Menu Izza pagi itu, roti canai dan Milo ais.

Kami kembali ke Teluk Intan dan Izza meneruskan perjalanan balik ke Georgetown.

IMG20170101132021
Ada rezeki, datang lagi.

IMG20170102083330

1 thought on “Airmata biru di Pulau Sembilan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *