Pasca Ijazah

Tulisan pertama Izza mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar program pasca ijazah. Semester lepas dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan semester juga baik. Tetapi rupanya itu hanya pengenalan, belum perjuangan sebenar program pasca ijazah. Haha..

Kalau nak pergi menduduki peperiksaan semester pertama pun Izza dah menangis sebab tertekan, rupanya itu hanya permulaan.

Semester kedua bermula, jadual tidak sama dengan kawan-kawan yang lain. Penyelia juga berlainan, Izza seorang diri diletakkan bawah seliaan seorang pensyarah. Kali pertama Izza berjumpa dengannya, tajuk yang Izza inginkan telah ditolak. Terus rasa tak bersemangat.Diberi pula cadangan yang Izza tak minat.

Kemudian, banyak pula hal berlaku di sekolah. Tapi hanyalah drama-drama ciptaan individu, diheret Izza terlibat dengan drama murahan begitu.

Fikiran Izza lebih tertumpu kepada tajuk tugasan. Drama di sekolah cuma hiburan untuk Izza melihat telatah individu. Jadual harian memang penuh. Satu hari, balik dari kuliah, tengah berserabut dengan tajuk tugasan, Izza menyediakan menu bekalan untuk ke sekolah esok hari. Entah ke mana fikiran melayang, tiba-tiba jari dihiris pisau. Terus rasa lagi sedih sampai menangis. Bila ingatkan balik, kenapa nak menangis. Hahaha.. sakit sikit je pun.

Tapi hari ini, tiba-tiba dapat buah tangan dari Mekah. Sehelai jubah dan tudung. Terharunya. Petang pula ke kuliah dan sesi pertemuan dengan penyelia. Tajuk sudah diterima. Yeayyy! Boleh mula mencari bahan untuk kajian. Alhamdulillah, gembira hati lebih dari perasaan waktu dipinang orang tau. Haha.. tu baru tajuk diterima. Apalah agaknya perasaan hari konvokesyen nanti.

Moga perjalanan pengajian ini dipermudahkan.

Yang pasti, ini baru permulaan. Jauh lagi perjalanan. Banyak lagi air mata yang akan gugur, harga segulung ijazah sarjana bukanlah murah. Tetapi berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *