Izza ke Singapura.

Januari yang lalu Izza ke Singapura. Kali ini melancong bersama teman-teman kuliah sarjana. Dari Pulau Pinang, kami menaiki pesawat AirAsia ke Johor Bharu dan menginap di sana. Kami menginap di hotel M-Suites.

IMG_20170126_165356

Kami makan tengahari di Restoren Yellow Stop.

IMG20170126135022

Di Johor Bharu, kami ke Johor Premium Outlet. Haruslah ke sana apabila dah sampai di Johor ni. Beli atau tidak, itu persoalan yang kedua.

IMG-20170126-WA0005

Untuk ke Singapura, kami mengambil Uber dari hotel ke Kompleks CIQ untuk pemeriksaan Imegresen Malaysia. Di sana anda boleh menaiki mana-mana bas yang ada di situ untuk menyeberangi Tambak Johor ke Woodlands dengan bayaran RM2. Di Woodlands pula anda perlu melalui pemeriksaan imegresen Singapura. Urusan tukar duit boleh dibuat di Kompleks CIQ.

Di Woodlands, anda boleh menaiki bas bernombor 170 untuk ke Stesen MRT Keranji. Kenapa? Sebab dari situ anda boleh ke mana-mana dalam Singapura menggunakan MRT. Contohnya, hari pertama kami ke Marina Bay.

IMG-20170128-WA0157

Kami sampai di sana waktu senja. Cuma sempat menikmati sekejap sahaja pemandangan waktu siang.

IMG-20170128-WA0230
Gambar wajib mestilah berlatarbelakangkan Merlion ini.
IMG-20170128-WA0161
Marina Bay Sand.

IMG-20170128-WA0238 IMG-20170128-WA0196

Makin Izza melancong, baru Izza sedar,Izza lebih sukakan pemandangan semulajadi berbanding dengan bandar-bandar besar yang pesat membangun dan dipenuhi kemajuan. Tapi bagus juga ke sini, mengenal tempat. Sekurang-kurangnya pernah sampai ke sini.

Walaupun tempoh yang singkat, sempat Izza mempelajari budaya orang Singapura yang sangat berdisiplin.

IMG-20170128-WA0212 IMG-20170128-WA0148

Hajat ke Mustafa Center tidak kesampaian kerana kesuntukan waktu dan semua pun telah keletihan.

Kami pulang ke Johor Bharu. Esok kami akan kembali lagi untuk ke Universal Studio, Singapura.

 

Izza ke Pulau Perhentian

Langit yang biru dengan gumpalan-gumpalan awan memutih, deruan bot membelah lautan menghasilkan ombak yang kadang-kadang memercik ke muka. Dan Izza tenggelam dalam fikiran yang jauh menerawang. Cantik, terlalu indah. Tiada perkataan untuk menggambarkan keindahan Pulau Perhentian.

IMG20170324105321
Che Ah, Izza dan Pat.
Di Jeti Kuala Besut.

Percutian kali ini Izza ke Besut, Terengganu untuk ke Pulau Perhentian. Dan kelainan kali ini, pakej percutian kami adalah di kampung nelayan Pulau Perhentian Kecil. Jadi, dapatlah izza merasa kehidupan tinggal di kampung nelayan selama 3 hari 2 malam. Sungguh mendamaikan dan menenangkan. Pengangkutan yang ada hanyalah bot dan motosikal.

IMG20170324142148

Setibanya kami di pulau tersebut, setelah memandu dari Kota Bharu dan menaiki bot, kami bersiar-siar di sekitar kampung tersebut. Banyak rumah penginapan disediakan. Dan merupakan ekonomi penggerak pulau tersebut.

IMG20170324143413
Menunggu program seterusnya selepas makan tengahari.
IMG20170324143336
Pemandangan dari buaian. Tenang.
IMG20170325095153
Menunggu giliran untuk naik bot.

Selesai makan tengahari, kami dibawa menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian Besar untuk bermandi-manda bermain air di pantai. Sempat juga snorkelling di sini. Pengalaman menarik Izza, sewaktu melihat kumpulan ikan berenang di depan Izza, Izza menghulur tangan mahu menyentuh ikan tersebut. Digigitnya tangan Izza. Mungkin disangka jari Izza ni roti. haha.. terjerit Izza di situ sebab terkejut. Tu pun tak boleh menjerit kuat sebab peralatan snorkelling masih di mulut.

IMG20170324172247

IMG-20170327-WA0024

Petangnya kami kembali ke penginapan dan makan malam.Waktu malam adalah masa untuk bersantai, anak muda melepak bermain gitar setelah seharian bekerja. Pelancong-pelancong seperti kami juga bersiar-siar atau berehat di bilik.

Keesokan harinya, tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Snorkelling. Sekali lagi kami menaiki bot ke tempat-tempat snorkelling. Pertama ke Turtle Beach. Tak banyak yang dapat kami lihat di situ. Lebih kepada membiasakan diri untuk snorkelling. Kemudian kami dibawa ke Coral Bay.

Pengalaman snorkelling di sini cukup menarik. Kumpulan-kumpulan ikan pelbagai warna, bentuk dan saiz berenang di sekeliling. Lagi seronok melihat ikan-ikan berebut roti yang diberikan oleh pelancong-pelancong lain.
Kami dipanggil naik ke bot oleh Dini, pemandu bot kami untuk hari itu. Destinasi seterusnya ialah Turtle Point. Nasib menyebelahi kami, sampai sahaja di situ, ada penyu timbul ke permukaan untuk menyedut udara. Wahh, teruja Izza memerhatikan penyu tersebut. Menurut Dini, tersebut diberi nama Rafael. Ada lagi Mikael, yang lebih besar. Tapi tidak kelihatan pada hari itu. Dan ada seekor lagi penyu yang sangat besar. Tetapi cuma mempunyai 3 kaki. Tapi sejak tahun ini, penyu itu tidak kelihatan lagi. Hmm..

IMG-20170327-WA0050
Hanya kepala Rafael yang timbul di permukaan air.

Kami turun untuk snorkelling. Dapat diperhatikan penyu mencari makan di dasar laut. Dini menyelam ke dasar laut untuk mengambil gambar Rafael. Kagum melihat kemahiran Dini menyelam. Rupanya laut itu dalam, kelihatan cetek pada Izza yang cuma snorkelling di permukaan air. Haha..

IMG-20170327-WA0040
Sejak bertemu Rafael, terus Izza rasa nak jadi aktivis alam sekitar.

Menurut Dini, penyelam hanya boleh mendekati penyu-penyu tersebut dan tidak boleh menyentuhnya. Perbuatan menyentuh penyu itu akan mengganggu penyu tersebut dan menjadikannya penyu liar dan sukar didekati lagi.

IMG-20170327-WA0039
Pemandangan di dasar laut. Pelbagai jenis ikan yang Izza nampak.

Destinasi seterusnya Shark Point. Hanya yang bernasib baik dapat melihat jerung melintas di depan mata. Tapi bukan rezeki Izza hari itu. Jadi, tak dapat la nak bertemu jerung. Jerung di sini cumalah spesies yang kecil dan makan ikan lain. Tapi bila sebut jerung, kecut perut juga la sewaktu snorkelling di situ.

Walaupun tak dapat tengok jerung, namun kekecewaan itu terubat sebab Izza dapat tengok cuttlefish. Sebab Adam Khaliff suka sangat cuttlefish. Ulang tengok National Geographic pasal cuttlefish sampai puluh-puluh kali pun takpe.

IMG-20170327-WA0038
Tu Izza la tu.

Destinasi terakhir kami ke Lata Air Berani, di mana terdapat punca air bawah tanah yang mengalir dan dijadikan tempat bermandi-manda dengan menadah air yang keluar. Fuh, sangat menyegarkan setelah seharian bermandikan air laut. Sejuk.

IMG-20170327-WA0018
Kami ingatkan air terjun, rupanya cuma air dari mata air.

Kami pulang ke penginapan untuk makan tengahari. Jam 3.30 petang kami akan berjumpa Dini sekali lagi untuk pergi mendaki bukit untuk menyaksikan panorama Pulau Perhentian dari tempat yang lebih tinggi.

IMG-20170327-WA0102
Dini, Izza dan Che Ah.

Mencabar juga laluan pendakian kami. Laluan yang berpasir membuatkan pendaki mudah tergelincir. Mujur penah mendaki Bukit Bendera 2 kali sebelum ini (walau hanya separuh bukit), taklah semput sangat.

IMG20170325161806
Antara laluan pendakian kami.

Sesampainya di atas, Izza sangat kagum dengan pemandangan Pulau Perhentian. Terlalu indah.

IMG-20170327-WA0053

IMG-20170327-WA0055

Kemudian kami turun dari bukit dan ke Jeti Coral Bay untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

IMG20170325163021
Tak boleh buka mata. Sebab matahari terik. Kulit dah gelap tapi pengalaman yang Izza dapat jauh lebih bermakna.

IMG20170325163611

IMG20170325185044
Pemandangan matahari terbenam di Pulau Perhentian.

Sepanjang perjalanan ini, rasa kagum kepada Sang Pencipta membuak-buak. Bersyukur diberi peluang melihat kebesaran ciptaanNya.

IMG-20170327-WA0075

IMG20170325175802

IMG20170325180949

Dini menjemput kami di Jeti Coral Bay dan kami pulang ke penginapan. Agenda seterusnya ialah BBQ. Sambil menunggu makanan masak, sempat Izza bersembang dengan keluarga empunya tempat penginapan kami. Haha.. punyalah ramah. Inilah perbezaan percutian Izza kali ini. Sebab boleh beramah mesra dengan orang kampung.

IMG-20170327-WA0074
Muka-muka kelaparan.
IMG-20170327-WA0088
BBQ.
IMG20170325200454
Makan malam berbumbungkan langit bertemankan hembusan bayu.

Selesai makan malam, kami membersihkan diri dan tidur. Dua hari kami tidur awal, sebab terlalu penat dengan aktiviti. Esok harinya, selesai bersarapan nasi lemak yang sedap, kami menaiki bot untuk tanah besar dan seterusnya memandu pulang ke Pulau Pinang. Selamat tinggal Pulau Perhentian. Perhentian yang menyenangkan untuk kali ini. Moga bertemu lagi. Moga keindahan itu akan terus kekal.

IMG20170325164040
Moga keindahan ini terus kekal. Jauh dari ketamakan tangan-tangan manusia.