Pasca Ijazah II

Kerja banyak, perkara biasa bagi pelajar pasca ijazah separuh masa. Semalam baru hantar 4 tugasan. Pheww.. Ada lagi satu yang memeningkan kepala. Akibatnya, mereputlah di rumah sendiri melihat adik-beradik berkumpul berbuka puasa di rumah keluarga di Kelantan. Dan diri sendiri menghadap sebungkus nasi kerabu dan sebungkus air tebu dari bazar. Cuti sekolah 2 minggu tidak terasa. Ini pengorbanan. Demi segulung kertas dan sepasang jubah konvokesyen.

Setiap kali menerima pesanan whatsapps dari penyelia, seperti mahu luruh jantung. Haha.. Sebab dia akan bertanyakan perkembangan kertas cadangan dissertasi. Yang mana susah benar nak berkembang tidak seperti Izza. Izza asal dapat tulis satu perenggan, mulalah nak memberi ganjaran kepada diri sendiri. Bayangkanlah satu perenggan dah bagi ganjaran, kalau nak cukup 40 halaman, memang haru biru la.

18740480_10154419284671861_9142025971821527534_n
Ini antara ganjarannya.

Itu belum termasuk setiap kali menghantar tugasan kepada pensyarah. Pasti ada keluar makan dengan kawan-kawan kuliah. Cuma semester ini kurang sedikit sebab semua orang sibuk dengan penyelia masing-masing.

18700082_10154419283551861_6631766175840175833_n
Bumble Dees. Tempat kegemaran Izza.

Tapi setiap semester pasti ada jamuan makan. Alhamdulillah dapat geng yang sekepala. Geng yang berbagi gula-gula dalam kuliah bila mengantuk. Pasti akan rindu nanti. Mereka jugalah menjadi pembakar semangat untuk datang ke kelas dan meneruskan pengajian.  Sebab mahu konvo sama-sama. Dah mula fikir nak cari baju konvo dan mekap konvo. Haha..ini melampau.

Tekanan sambung belajar ini bukan perkara main-main. Izza dah lalui. Ada masanya semuanya seperti tidak kena, di sekolah mahupun belajar. Tapi, yang pasti, perkara begini datang dan pergi. Yang penting kena kuat semangat. Pernah terfikir mahu berhenti. Tapi, itulah namanya dugaan.

Tapi, ada satu trait personaliti dalam diri Izza iaitu degil. Haha.. Agaknya degil itulah yang buat Izza terus degil dan sambung lagi. Hahaha.. moga kedegilan ini bertahan untuk setahun lagi.

Sedar tak sedar, dah hampir tamat semester II. Tinggal peperiksaan sahaja lagi. Tu pun cuma satu subjek. Ada 2 semester lagi sebelum merdeka.

18740615_10154419286711861_6658339095029932603_n
Mereput bersama.

Dan Izza akan pastikan Izza bersenam. Seminggu sekali atau paling malas 2 minggu sekali. Sama ada joging, kelas renang ataupun mendaki bukit. Satu, kononlah untuk jaga badan walaupun makan tak menentu. Kedua, untuk mendapat lingkungan kawan-kawan yang positif untuk mengekalkan kewarasan Izza. Haha. Ini sangat penting. Bayangkanlah kadang-kadang 2, 3 hari tidak bercakap dengan homo sapiens, kadang-kadang terasa diri bercakap dengan cicak. Ok, melampau sangat Izza.. Dan ketiga, untuk otak yang lebih sihat sebab kalau belajar dengan otak yang asyik letih tak bermaya, memang berbeza. Adalah nanti yang tersengguk dalam kuliah. Bila tersedar mula la bertanya “Nadia, kita dah kat mana?” Hahaha..

Bayangkanlah setiap hari Isnin berkejar ke kampus selepas sekolah tamat jam 2.20 petang. Jam 5-7 petang sesi perbincangan dengan penyelia. Jam 8.15 malam bersambung kuliah sehingga jam 10 malam. Selalunya sampai ke rumah apabila jam melewati 11 malam.

Hari rabu lebih sengsara. Sekolah tamat jam 3.10 petang. kelas bermula jam 5 ptg-7 mlm. Biasanya perlu bentang tugasan. Selalu kecut perut setiap hari rabu. Sabarlah.

18620313_1842587656060355_1021133921562407563_n
Geng kami! Kuliah terakhir PMC 501.
18664518_1843391202646667_4895021186175563490_n
Kelas terakhir PMC511.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *