Izza ke Cameron Highland

Hujung minggu kali ini terisi dengan bahagia, lengkap dan sempurna. Dimulakan dengan memandu ke Cameron Highland, ini pengalaman pertama Izza memandu sendiri ke sini. Bertemankan Zura dan muzik, memang hilang segala tekanan kerja dan belajar.

Sampai di Cameron Highland, kami menginap di Big Red Hotel. Caj semalaman RM130 tanpa deposit. Puas hati sebab hotel baru yang lengkap dengan keperluan asas seperti meja solek dan mandian panas. Penting tu.haha..

Tempat pertama kami tuju ialah matlamat utama Izza ke Cameron. Minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh. Ladang teh Bharat menjadi pilihan kami.

tmp_23647-IMG_20170831_204748127708072

Destinasi seterusnya kami ke Healthy Strawberry Farm yang terletak berdekatan dengan Rumah Persekutuan. Ladang strawberi di mana kami boleh petik sendiri. Teruja Izza mengambil gambar buah strawberi yang segar dan besar di pokok-pokok. Kami juga membeli coklat cair untuk dimakan dengan strawberi. Izza sangat sukakan rasa strawberi yang masam manis dimakan bersama coklat yang manis dan lemak.

tmp_32047-IMG_20170831_205115370265390

Tips untuk membeli strawberi: Kalau untuk dibawa balik, jangan beli yang terlalu masak ranum. Nanti cepat rosak. Jangan simpan di dalam plastik tertutup. Dan beli dalam perjalanan pulang.

Kemudian kami ke Pasar Malam. Sebelum ini tapak pasar malam di Brinchang. Tetapi sekarang pasar malam telah dipindahkan ke Jalan Golden Hill, Sungai Ruil. Pasar malam yang lebih tersusun dan tiada lagi kesesakan lalulintas. Walaupun tertarik untuk membeli jagung dan ubi manis, tetapi entah kenapa tak beli pun. Cuma kaktus yang menjadi pilihan. 7 pokok kaktus yang comel-comel dengan harga RM10.

Pulang ke bilik hotel, kami keluar kembali untuk makan malam. Cuaca mula terasa sejuk. Sedap juga steamboat di kedai makan bersebelahan hotel kami. Kalau tidak silap, nama kedai tersebut Kerisek Emas.

IMG_20170831_213215

Mengikut perancangan, kami mahu berjalan-jalan di sekitar pekan di situ dan mencari kambing bakar. Tetapi memandangkan perut pun sudah kenyang dan cuaca semakin sejuk kerana hujan, kami pulang ke hotel. Di bilik hotel, kami menikmati strawberri coklat sambil mengecas kembali tenaga untuk hari esok.

IMG_20170831_210219

Keesokan harinya, selesai mendaftar keluar dari hotel, kami ke Sungai Palas BOH yang terkenal dan menjadi tempat penggambaran filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin sebagai Izza dan Aaron Aziz sebagai Encik Hariz. Laluan ke sana agak mencabar terutama sekali apabila berselisih dengan kereta yang datang dari arah berlawanan. Tetapi, sebaik sahaja memasuki kawasan ladang, pemanduan tadi ternyata berbaloi. Tidak hairanlah tempat ini selalu penuh dengan pengunjung.

IMG_20170831_211709

Kami bernasib baik kerana mendapat tempat di ruang anjung membolehkan kami menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan yang indah dan suasana yang sejuk. Seperti semalam, kek keju strawberi dan teh menjadi pilihan Izza.

IMG_20170831_212723

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di ladang lavender. Keadaan hari ini berbeza dari semalam kerana masih belum ramai pengunjung. Bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Selain dari tempat-tempat yang cantik untuk bergambar, terdapat juga kedai-kedai yang menarik. Di sini Izza membeli jem strawberi dengan harga RM3 sebotol kecil untuk dijadikan cenderamata dan strawberi RM25 untuk 3 kotak besar.

IMG-20170820-WA0075

Kemudiannya kami pulang ke Georgetown dan kembali kepada realiti kehidupan. Percutian yang berbaloi dan paling penting, sangat tenang melihat panorama Cameron Highland.

Pasca Siswazah III

Pembentangan us. Atau proposal defend. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Selepas dapat kebenaran balik awal dari sekolah, terus ke USM. Sesi Izza bermula jam 3-4 petang. Sempat lagi untuk persiapan.

tmp_27943-IMG-20170807-WA0021-676853471

Di bilik siswa, bertemu dengan KakFa. Sempat berbincang dan siapkan slideshow. Haha.. Tak siap lagi? Macam biasa la. Tapi sempat lagi tidur sementara menunggu slot Izza. Selesai solat zohor, Izza menunggu giliran Izza. Sebelum masuk ke bilik pembentangan, Izza terjumpa dengan KakFa. Wah, dia dah lulus tapi bersyarat perlu buat pembetulan.

Tiba giliran Izza, berdebar juga. 2 orang pensyarah penilai bersama penyelia Izza sudah bersedia. Sebenarnya Izza lagi takut dengan penyelia Izza berbanding dengan penilai tu. Hahaha. Izza pun bentanglah apa yang patut. Sampai ke sesi soaljawab, lebih kepada memberikan pembetulan kepada Izza.

“Ok, please wait outside. We’ll call you after this”

Waktu ini yang paling berdebar.

“Ok Izza, masuk”

Nak nangis pun ada waktu ni. Haha.. Gagal bermaksud Izza perlu tambah satu lagi semester untuk siapkan disertasi atau thesis ini.

“Setelah kami berbincang, tahniah Izza. Anda lulus tetapi pembetulan perlulah dihantar dalam masa 2 minggu”

Alhamdulillah.. hilang segala debaran. Rasa dendam tidak cukup tidur dan stress sudah berbayar. Haha.

Izza, jumpa saya sekejap lagi”, penyelia terus panggil untuk jumpa Izza dan berbincang tentang pembetulan. Tak kisah la pasal pembetulan, janji dah lulus. Hahaha.

Terus keluar dan cari KakFa sebelum pergi makan-makan meraikan kami lulus pembentangan usul.
Kami dah merdeka sebab slot kami pada hari pertama. Kawan-kawan yang lain masih berdebar dan bertungkus lumus. hahaha

tmp_27943-IMG_20170808_030324780500773tmp_11398-IMG_20170808_040432-1690788809tmp_11398-IMG20170807182907115053692