Hiking Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Ajakan hiking ke Bukit Keluang, Terengganu disambut baik oleh adik-adik Izza.

Jam 8.30 kami memandu dari Kota Bharu ke Bukit Keluang. Tiba di sana lebih kurang jam 10 dan terus mendaki. Hari cuti membuatkan ramai berkunjung ke sana.

Laluan agak mencabar bagi Izza yang amatur. Biasanya Izza hanya menggunakan laluan bertar di Bukit Bendera. Laluan di Taman Botani melalui celah-celah akar juga menguji keupayaan Izza. Macam inilah jadinya kalau umur 30 baru nak berkecimpung dalam hiking. hahaha

IMG_20180215_203333

Tetapi hanya setengah jam diperlukan untuk sampai ke puncak. Hanan dan Hafeezah yang baru pertama kali hiking juga mampu lakukan walau ada permintaan untuk berpatah balik di pertengahan pendakian. Hahaha

Apabila sampai di puncak bukit, ternyata pendakian sangat berbaloi melihatkan pemandangan yang sangat indah. Pantai, laut, bukit, awan dan langit bersatu mencipta ketenangan bagi yang sukakan alam semulajadi.

IMG_20180215_203422 IMG_20180215_203411 IMG_20180215_203236

Kebanyakan orang akan turun melalui jalan yang sama, tetapi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan turun mengikut laluan yang berbeza. Rupa-rupanya jalan turun lebih mencabar dari jalan naik. Satu jam setengah kami terkial-kial untuk turun. Hahaha.

IMG_20180215_203353 IMG_20180215_203355

Yang membanggakan apabila adik-adik Izza berjaya menghabiskan hiking ini walaupun agak mencabar bagi mereka.

Ter-Jalan-jalan Di Baling, Kedah. Hari Ketiga.

Perancangan awal mahu balik awal nyata hanya tinggal perancangan. Hahaha. Cuaca pagi itu terlalu sejuk. Suhu 19 darjah celcius menyukarkan Izza untuk keluar dari selimut. Apatah lagi nak mandi air kolah. Hahaha..

Jam 10 lebih barulah bersarapan. Kami kemudiannya ke Ladang Madu Kelulut. Kami disambut dengan hidangan air teh madu kelulut, kopi dan paling istimewa bahulu madu kelulut.  Yang paling mengujakan, Izza berpeluang mencuba menyedut madu kelulut dari sarangnya menggunakan straw. Yang menariknya madu kelulut mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ada yang masam dan ada yang manis.

IMG-20180211-WA0015

IMG20180211120817

IMG-20180211-WA0092

IMG-20180211-WA0056

IMG-20180211-WA0088 IMG-20180211-WA0085IMG-20180211-WA0047

Untuk makan tengahari, sempat kami membeli lemang periuk kera dan air mangga dalam perjalanan ke Laksa Tok Weng.

IMG-20180211-WA0020 IMG-20180211-WA0032

IMG-20180211-WA0008 IMG-20180211-WA0018

Hujung minggu yang indah. Dari perancangan berkayak 1 hari menjadi percutian 3 hari 2 malam di Baling, Kedah. Terima kasih kepada kawan-kawan baru terutama Zaidi selaku tuan rumah.

IMG-20180211-WA0116

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga.

Ter- kayak di Baling, Kedah. Hari Kedua

Hari kedua di Baling, Kedah. Izza langsung tidak menyangka bahawa banyak tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar kawasan Baling ini.

Seusai bersarapan nasi goreng yang disediakan di homestay, kami bertolak ke Kuala Ketil untuk ekspedisi kayak. Di sana Izza bersarapan lagi sekali, memikirkan lewat tengahari baru akan makan lagi.

IMG-20180210-WA0090

Di sana kami bertemu dengan kumpulan lain yang akan turut serta. Dengan menaiki pacuan empat roda, kami dibawa ke sungai. Laluan kayak kami sejauh 18 km dari Kg Banggol Derom ke Kampung Sungai Limau.

IMG-20180210-WA0080

IMG-20180210-WA0073

Seramai 16 orang menyertai ekspedisi kali ni terdiri daripada 5 perempuan dan 11 lelaki. Ada 3 orang berkayak individu dan selebihnya berdua. 4 orang guide termasuk Cikgu Jack memandu arah dan memastikan keselamatan kami.IMG20180210091149

Inilah pengalaman pertama Izza berkayak di sungai. Yang kelakarnya, boleh pulak kami tak bawa baju salin. Haruslah akan basah bila kayak terbalik. Aiyoo..

IMG-20180210-WA0180

Ekspedisi dimulakan dengan memilih pasangan kayak, taklimat oleh Cikgu Jack tentang cara-cara kayak dan peraturan keselamatan. Seterusnya bacaan doa. Rupanya perlu berpasangan berlainan jantina. Kerana kudrat orang di belakang perlu lebih kuat untuk mengawal kayak. Izza memilih Jamil, kawan kepada Zaidi. Ye, Izza dengan tak malunya pilih dia. Hahaha.. Nasib baik serasi. Kalau tak serasi, bergaduhla waktu berkayak nanti.

IMG-20180210-WA0170

Jam 10 pagi kami mula berkayak menyusuri sungai. Mula-mula kalut juga Izza untuk menyesuaikan diri. Setelah beberapa minit barulah dapat bertenang. Baru sahaja nak bertenang, laluan pula terhalang dengan batu-batuan. Atau pun dahan pokok yang condong ke arah sungai. Lagi menakutkan apabila halangan tersebut ialah pokok berduri. Pasti luka kalau terkena tangan atau muka.

IMG-20180210-WA0177

IMG-20180210-WA0172Di kiri kanan, ada peserta lain yang sudah terbalik kayak. Kami masih bertahan mendayung dan mengemudi kayak kami. Tiba di kilometer ke 5, arus deras menyebabkan kayak kami hilang kawalan dan melanggar batu seterusnya terbalik. Bak kata mereka, kalau kayak tak terbalik, belum lengkap pengalaman berkayak. Kepala Izza sedikit terhantuk pada kayak, mujurlah tidak panik dan air tidak deras.

Perjalanan diteruskan lagi. Tiba-tiba kayak kami tersangkut pada dahan pokok yang menghalang laluan. Sedang kami bertahan untuk tidak terbalik, datang pula kayak lain menghentam dari belakang. Kesudahannya, kayak terbalik dan kami terjatuh ke dalam air. Sangkaan Izza, air cetek seperti sebelum ini. Rupanya kaki Izza tidak dapat mencecah ke dasar sungai. Mujurlah tidak panik. Mengharapkan alat apungan yang dipakai untuk terus terapung dan tidak tertelan air. Aini di sebelah menghulurkan tangan meminta bantuan. Sempat Izza menyambut tangannya tetapi Izza pula diheret ke tempat yang lebih dalam. Mujurlah tangan kiri masih berpegang pada dayung. Ternampak susuk tubuk seseorang mencapai dayung tersebut dan mengheret Izza ke tempat yang lebih cetek. Phewww…

IMG-20180210-WA0171

IMG-20180210-WA011127655272_1980784682184895_8445512766947908145_nNamun itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ekspedisi. Pemandangan yang semulajadi di sekeliling sangat menenangkan. Sesekali ternampak aktiviti-aktiviti orang kampung di tepi-tepi sungai seperti menangkap ikan, menahan pukat dan mandi sungai. Ramah pulak Izza menyapa orang. Hahaha..

Pemandangan yang paling terkesan bagi Izza ialah Gunung Baling.

IMG-20180210-WA0114FB_IMG_1518414032473

IMG-20180210-WA0136 IMG-20180210-WA0183Jam 3.15 petang, tamatlah sudah ekspedisi kami. Bangga dengan diri sendiri. Satu lagi pencapaian telah tercapai. Terasa sayu pula. Apatah lagi baru mesra dengan kawan-kawan baru.

IMG-20180210-WA0173

Kami kembali ke tempat pertemuan, makan tengahari disediakan termasuk dalam pakej.

IMG20180210153456Selesai makan tengahari, kami tidak terus pulang tetapi sempat singgah menikmati jus mangga di tepi jalan dan melawat Gua Jepun.

IMG20180210162606

Di Gua Jepun, kami tidak berani meneroka lebih dalam kerana gua tersebut gelap. Tetapi Izza sempat memanjat tangga di tepi gua untuk melihat pemandangan pekan Baling dari tempat tinggi. Kesudahannya, sakit peha seminggu sebab terlebih meregang kaki kerana anak-anak tangga yang terlalu tinggi . Hahaha..padan muka.

IMG-20180210-WA0038

IMG20180210164625

Sampai di homestay, kami membersihkan diri. Dari lepas Asar sampailah azan isyak semua tidak keluar dari bilik kerana kepenatan sehinggalah terdengar suara memanggil “ Permaisuri-permaisuri, diminta keluar makan sekarang”. Hahaha..
2018-02-10-21-07-37

Selesai makan malam, kami hanya bersembang di depan rumah Zaidi sambil menikmati suasana kampung.

IMG-20180210-WA0203

Sebelum jam 11, semua kembali ke bilik menyambung rehat. Dan Izza, berkali-kali menyapu minyak urut ke tapak tangan. Lenguh, sakit semua ada. Dah tak pernah berkayak. Hahahha.

IMG-20180210-WA0130

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga.

Ter-baling ke Baling, Kedah. Hari Pertama.

Imah: Izza, kami nak pergi naik rakit kat Baling. Nak ikut tak?

Izza: Rakit? Rakit ke kayak ke canoe ni?

Imah: Entahlah. Tak pasti.

Izza: Ok, Izza ikut.

Imah: Kita pergi pagi, balik petang.

Izza: OK.

Selepas beberapa hari…

Imah: Bayaran seratus. Kita akan kayak sejauh 18km. Seramai 15 orang dengan 3 orang guide. Dan kita akan bermalam di homestay.

Izza: Errr… 18 km? Program 3 hari 2 malam? Apa lagi kita akan buat? Siapa mereka ni?

Hahaha.. jadilah Ter-baling di Baling.

Tanpa usul periksa, main sanggup je. Dah terdesak ingin bercuti melarikan diri dari tekanan kerja dan belajar.

Tiba hari yang dijanjikan, kami bertolak selepas sekolah ke Baling bersama Imah, Aini dan Yati. Aini dan Yati baru kenal beberapa minit yang lalu. Walaupun masih kabur tentang perjalanan kali ini. Izza hanya memandu mengikut kereta Zaidi. Siapa Zaidi? Kawan baru yang belum sempat berkenalan. Hahaha..

Zaidi : Kita akan berhenti di pasar malam. Nak beli barang untuk bbq malam ni.

Bersorak kami berempat sebab perut dah kelaparan. TIdak sempat makan tengahari.

Pasar Malam Kg Lalang membuatkan Izza rambang mata.

Perjalanan diteruskan ke rumah Zaidi di Desa Lestari, Kg Ulu Legong. Rupanya homestay yang ditempah untuk kami di tepi rumah Zaidi. Memang banyak homestay di kampung ini. Teruja menikmati kawasan kampung yang menenangkan dengan udara segar. Percutian kali ini ternyata berbeza. Persekitaran rumah Zaidi terasa seperti kembali ke zaman bermain-main di rumah nenek sewaktu kecil dulu.

IMG20180209183711

Menjelang malam, kami mula bbq. Terima kasih kepada kakak-kakak Zaidi yang menyediakan semuanya. Persekitaran kampung lebih terasa dengan kehadiran jiran-jiran sekeliling. Kemesraan yang sukar didapati di bandar.

IMG-20180210-WA0004 IMG-20180210-WA0016 Blog 2018

Ingatkan selepas bbq, acara hari ini tamat. Rupanya ada agenda yang lebih menarik menanti. Jam 10.45 malam kami berlima berjalan kaki bertemankan lampu jalan ke Kolam Air Panas Ulu Legong. Izza bayangkan tempat itu cumalah kolam air panas tetapi rupanya sangat besar dan teratur. Terdapat 8 kolam dan chalet di kawasan tersebut. Waktu menghampiri tengah malam tetapi semakin ramai orang membanjiri tempat itu.
IMG-20180210-WA0064

Meredah kegelapan malam untuk ke kolam air panas. Terasa seperti orang Korea pula yang suka pergi sauna.

IMG20180209230423

IMG20180209230341

IMG-20180210-WA0007

Kami hanya mencuba 2 kolam. Kemudian jam 11.40 malam kami pulang ke homestay. Perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk aktiviti esok.

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga.