Ter- kayak di Baling, Kedah. Hari Kedua

Hari kedua di Baling, Kedah. Izza langsung tidak menyangka bahawa banyak tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar kawasan Baling ini.

Seusai bersarapan nasi goreng yang disediakan di homestay, kami bertolak ke Kuala Ketil untuk ekspedisi kayak. Di sana Izza bersarapan lagi sekali, memikirkan lewat tengahari baru akan makan lagi.

IMG-20180210-WA0090

Di sana kami bertemu dengan kumpulan lain yang akan turut serta. Dengan menaiki pacuan empat roda, kami dibawa ke sungai. Laluan kayak kami sejauh 18 km dari Kg Banggol Derom ke Kampung Sungai Limau.

IMG-20180210-WA0080

IMG-20180210-WA0073

Seramai 16 orang menyertai ekspedisi kali ni terdiri daripada 5 perempuan dan 11 lelaki. Ada 3 orang berkayak individu dan selebihnya berdua. 4 orang guide termasuk Cikgu Jack memandu arah dan memastikan keselamatan kami.IMG20180210091149

Inilah pengalaman pertama Izza berkayak di sungai. Yang kelakarnya, boleh pulak kami tak bawa baju salin. Haruslah akan basah bila kayak terbalik. Aiyoo..

IMG-20180210-WA0180

Ekspedisi dimulakan dengan memilih pasangan kayak, taklimat oleh Cikgu Jack tentang cara-cara kayak dan peraturan keselamatan. Seterusnya bacaan doa. Rupanya perlu berpasangan berlainan jantina. Kerana kudrat orang di belakang perlu lebih kuat untuk mengawal kayak. Izza memilih Jamil, kawan kepada Zaidi. Ye, Izza dengan tak malunya pilih dia. Hahaha.. Nasib baik serasi. Kalau tak serasi, bergaduhla waktu berkayak nanti.

IMG-20180210-WA0170

Jam 10 pagi kami mula berkayak menyusuri sungai. Mula-mula kalut juga Izza untuk menyesuaikan diri. Setelah beberapa minit barulah dapat bertenang. Baru sahaja nak bertenang, laluan pula terhalang dengan batu-batuan. Atau pun dahan pokok yang condong ke arah sungai. Lagi menakutkan apabila halangan tersebut ialah pokok berduri. Pasti luka kalau terkena tangan atau muka.

IMG-20180210-WA0177

IMG-20180210-WA0172Di kiri kanan, ada peserta lain yang sudah terbalik kayak. Kami masih bertahan mendayung dan mengemudi kayak kami. Tiba di kilometer ke 5, arus deras menyebabkan kayak kami hilang kawalan dan melanggar batu seterusnya terbalik. Bak kata mereka, kalau kayak tak terbalik, belum lengkap pengalaman berkayak. Kepala Izza sedikit terhantuk pada kayak, mujurlah tidak panik dan air tidak deras.

Perjalanan diteruskan lagi. Tiba-tiba kayak kami tersangkut pada dahan pokok yang menghalang laluan. Sedang kami bertahan untuk tidak terbalik, datang pula kayak lain menghentam dari belakang. Kesudahannya, kayak terbalik dan kami terjatuh ke dalam air. Sangkaan Izza, air cetek seperti sebelum ini. Rupanya kaki Izza tidak dapat mencecah ke dasar sungai. Mujurlah tidak panik. Mengharapkan alat apungan yang dipakai untuk terus terapung dan tidak tertelan air. Aini di sebelah menghulurkan tangan meminta bantuan. Sempat Izza menyambut tangannya tetapi Izza pula diheret ke tempat yang lebih dalam. Mujurlah tangan kiri masih berpegang pada dayung. Ternampak susuk tubuk seseorang mencapai dayung tersebut dan mengheret Izza ke tempat yang lebih cetek. Phewww…

IMG-20180210-WA0171

IMG-20180210-WA011127655272_1980784682184895_8445512766947908145_nNamun itu tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ekspedisi. Pemandangan yang semulajadi di sekeliling sangat menenangkan. Sesekali ternampak aktiviti-aktiviti orang kampung di tepi-tepi sungai seperti menangkap ikan, menahan pukat dan mandi sungai. Ramah pulak Izza menyapa orang. Hahaha..

Pemandangan yang paling terkesan bagi Izza ialah Gunung Baling.

IMG-20180210-WA0114FB_IMG_1518414032473

IMG-20180210-WA0136 IMG-20180210-WA0183Jam 3.15 petang, tamatlah sudah ekspedisi kami. Bangga dengan diri sendiri. Satu lagi pencapaian telah tercapai. Terasa sayu pula. Apatah lagi baru mesra dengan kawan-kawan baru.

IMG-20180210-WA0173

Kami kembali ke tempat pertemuan, makan tengahari disediakan termasuk dalam pakej.

IMG20180210153456Selesai makan tengahari, kami tidak terus pulang tetapi sempat singgah menikmati jus mangga di tepi jalan dan melawat Gua Jepun.

IMG20180210162606

Di Gua Jepun, kami tidak berani meneroka lebih dalam kerana gua tersebut gelap. Tetapi Izza sempat memanjat tangga di tepi gua untuk melihat pemandangan pekan Baling dari tempat tinggi. Kesudahannya, sakit peha seminggu sebab terlebih meregang kaki kerana anak-anak tangga yang terlalu tinggi . Hahaha..padan muka.

IMG-20180210-WA0038

IMG20180210164625

Sampai di homestay, kami membersihkan diri. Dari lepas Asar sampailah azan isyak semua tidak keluar dari bilik kerana kepenatan sehinggalah terdengar suara memanggil “ Permaisuri-permaisuri, diminta keluar makan sekarang”. Hahaha..
2018-02-10-21-07-37

Selesai makan malam, kami hanya bersembang di depan rumah Zaidi sambil menikmati suasana kampung.

IMG-20180210-WA0203

Sebelum jam 11, semua kembali ke bilik menyambung rehat. Dan Izza, berkali-kali menyapu minyak urut ke tapak tangan. Lenguh, sakit semua ada. Dah tak pernah berkayak. Hahahha.

IMG-20180210-WA0130

Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *