Trekking ke Pantai Keracut, Taman Negara Teluk Bahang 2.0

Ini merupakan kali kedua Izza trekking be Pantai Kerachut.

20200808_085226Jam  8 pagi kami berkumpul di pintu masuk Taman Negara Teluk Bahang. Sarapan de ngan bekal yang dibawa selepas daftar masuk dan pengesanan suhu.

20200808_081513

Tengah bersiap sampai terlupa sarapan. Dalam perjalanan ke Teluk Bahang nasib baik ada Starbucks di Batu Feringghi.

Dari pintu masuk ini banyak tempat boleh pergi seperti tapak perkhemahan Teluk Kampi, Pantai Monyet atau Monkey Beach dan juga Pantai Keracut.

20200808_092908

20200808_094744

20200808_101049

Setelah sejam setengah trekking, kami sampai di Pantai Keracut. Geng lelaki sampai dalam sejam 10 minit je. Izza dengan Imah banyak berhenti bergambar, buat video dan minum air.

Penanda hiking tamat apabila nampak Tasik Meromiktik dan melalui jambatan. Keluar dari hutan nampak tasik dan seterusnya pantai yang indah terbentang.

Di Pantai Keracut tiada lansung gerai disediakan. Zaidi dah siapkan bekal nasi lemak untuk kami semua.

20200808_110424

Aktiviti di Pantai Keracut cuma beristirehat, layan perasaan tengok pantai, tengok bot. Ada Pusat Konservasi Penyu Pantai Keracut di situ, malangnya tutup sewaktu kami datang. Mujurlah Izza pernah masuk. Tiada bayaran dikenakan.

Jam 12 lebih kami beransur pulang. Plan asal hiking balik. Tapi kami cari bot. Mujurlah dapat. Harga 150 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan lebih 7 orang.

Dalam perjalanan pulang boleh dilihat batu berbentuk arnab dan buaya di tepi laut.

Sampai semula di Teluk Bahang, sedang berkira-kira untuk balik tengok-tengok 4 orang dah ke kedai makan untuk minum air kelapa.

Tengah minum air kelapa, Izza nampak pemilik kedai tu bawa keluar ketam yang belum dimasak. Mulut ni ringan je bertanya. Padahal kedai tu tak jual ketam pun. Dapat la beli dengan harga RM10.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *