Siapa Izza Adam?

IMG_7010

Siapa Izza Adam?

Izza adalah nama pilihan kedua ibu bapa. Diambil sempena nama anak perempuan bekas TImbalan Perdana Menteri Malaysia. Bermaksud Kegemilangan, Ketinggian (walaupun Izza yang menulis ini hanyalah berketinggian 154 cm).

Adam adalah nama anak tunggal kesayangan Izza . Nama penuh pilihan mama adalah Adam Khaliff. Bermaksud Khalifah atau pemimpin teladan. Adam merupakan cucu lelaki pertama dalam keluarga Izza. Adam merupakan sumber kekuatan mama menghadapi kegagalan dalam perkahwinan. Mengharungi hari-hari derita dalam perkahwinan dan selepas penceraian, Izza bangkit kembali kerana Adam.

Namun, tanggal 13 November 2015, Adam pergi menemui PenciptaNya. Kini Izza mengumpul saki-baki kekuatan untuk meneruskan hidup berbekalkan memori bersama arwah Adam Khaliff.

Syurga tempatmu wahai Anak.

IMG-20150725-WA0022