Cerita kali ini adalah lawatan Izza ke Kelantan. Pelik bunyinya. Sebab Izza berasal dari Kelantan. Tapi kalau nak kata balik kampung pun tidak juga, sebab sempat menjejakkan kaki ke rumah tidak sampai 2 jam pun.
Perjalanan bermula selepas waktu persekolahan. Hari Jumaat jam 2 petang kami bertolak menaiki bas. Terdapat sekumpulan guru yang menaiki kapal terbang atas perbelanjaan sendiri. Yang pasti, esok hari semua perlu ada di Kelantan untuk program seterusnya. Dan Izza? Sangat teruja. Orang datang ke negeri kita.




Ke Kelantan tetapi tidak singgah di rumah sendiri terasa sangat janggal. Kami sempat ke rumah Izza untuk makan malam.
Seusai makan malam aktiviti diteruskan lagi. Kami menginap di Dynasty Inn Wakaf Che Yeh. Jadi pada waktu malam kami turun membeli-belah di sekitar kawasan tersebut. Walaupun esok, acara seterusnya akan bermula jam 7 pagi, tetapi jam 2 pagi kami masih ‘mengeteh’ di gerai. Sehingga peniaga sudah mahu menutup gerai barulah kami beransur pulang ke hotel.

Berakhirlah hari pertama di Kelantan