Hari ni destinasi perjalanan kami adalah The Platinum. Tak seperti kompleks membeli-belah lain yang sudah Izza kunjungi di Bangkok ni, The Platinum adalah pusat membeli-belah pada harga yang semua orang mampu. Harga yang sangat berpatutan.



Semasa kami berjalan di kaki lima menuju ke The Platinum, Izza terasa pelik sebab ramai orang membawa bagasi yang besar-besar. Rupanya memang harga bagasi agak murah di sini. Dan kualiti pun memuaskan.

Izza membeli 1 bagasi, 1 beg galas, 1 beg tangan dan 2 kemeja. Kemeja pun berharga 300 baht saja. Kualiti macam baju yang dibeli di atas talian.
Di The Platinum, konsep kedainye lebih kurang Kenanga Mall di KL. Borong dan runcit. Dan satu aras untuk 1 jenis barangan. Kalau tak silap aras 1 dan 2 untuk pakaian, aras 3 untuk pelbagai jenis beg dan aras 4 untuk kasut. Lebih kurang macam tu la. Apa-apa pun, berbaloi la. Terutama pakaian.

Di aras kasut, Izza memang tak pandang langsung sebab terlalu banyak kasut sampai nak pitam tengok. haha.. Lagi satu, Izza sangat cerewet dalam soal pemilihan kasut. Terutama dari segi kualiti dan keselesaan. Benda lain tak kisah.
Seusai membeli belah, kami pulang ke hotel. Makan malam terakhir di Bangkok pada kali ini adalah di hotel sahaja. Kepenatan.

Dengan itu percutian ke Bangkok menutup tirai 2015. Percutian merawat hati dan tempoh untuk menerima hakikat Adam tiada lagi. Percutian ini memang banyak membantu Izza. Terima kasih kepada Pjoe Denan yang merancang percutian ini. He is indeed my crying shoulder.
Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.