Hari ketiga kami di negara orang dimulai dengan bersarapan di Restoren Musa Kariem. Kami memesan 2 biji roti canai 30 000 dong (RM5.40) sebiji, milo ais 25 000 dong dan nescafe ais 25 000 dong (RM4.50). Sarapan roti canai untuk 2 orang dah berharga RM20. Huhu..

Hari ini kami hanya berjalan kaki di sekitar ini. Kami tidak berani menaiki teksi di sini kerana banyak dikatakan teksi tipu.
Kerana kami berjalan kaki, kami bebas untuk singgah di mana-mana kedai. Dan izza bertemu dengan seorang pekedai yang tahu berbahasa Kelantan. Terkejut Izza. Nampak sangat ramai orang Kelantan ke sini. Kami ke Saigon Square tetapi tidak membeli apa-apa. Di sini kebetulan Izza bertemu sahabat lama. Chiew Ting!! Kami terpisah di UPSI 7 tahun yang lalu dan baru hari ini bertemu kembali.

Kami ke Taka Plaza. Di sini Izza membeli 3 pasang kasut dan K.Farah 2 pasang kasut. Kemudian mula termenung memikirkan duit yang semakin susut. Haha.. Kalau Dah Perempuan..


Kami menjamu selera di Saigon Halal Restoran. Restoran di tingkat dua ini pelik bagi Izza. Di bawahnya adalah kedai kain. Kami memilih nasi putih 30 000 dong (RM5.50) untuk 2 pinggan, ikan masam manis 85 000 dong(RM 15.50), kailan sos tiram 140 000 dong(RM25) untuk 2 orang dan teh o ais 60 000 dong (RM11) untuk 2 gelas. Keseluruhan makan tengahari kami berharga 315 000 dong (RM57)

Kemurungan mula terasa. Risaukan barangan yang telah dibeli nanti terlebih muatan. Risau duit dah banyak habis. Yang kelakarnya kami sampai catu makanan. Kononnye la.haha.. Sebolehnya kami mahu mengelak dari menggunakan mesin ATM dan pengurup wang atas faktor keselamatan.

Izza di hadapan Xavier Hotel.
Kami pulang ke hotel setelah berjalan kaki bersiar-siar di sekitar bandar Ho Chi Minh. Seterusnya kami pulang ke hotel untuk berehat. Menjelang malam kami keluar lagi untuk makan malam. Kali ini di Kampung Melayu Halal Restoran. Kami memesan set nasi ayam BBQ yang termasuk ayam BBQ, sup ayam, nasi ayam dan kailan dengan sos tiram. Harga yang tertera di papan menu ialah 199 000 dong (RM36), tetapi sewaktu membayar harganya adalah 169 150 (RM31). Ehh? Haha.. rezeki kami.

Selepas makan malam, kami mengunjungi lagi pasar malam Benh Thanh. Ini adalah malam terakhir kami di sini. Jadi inilah peluang terakhir untuk membeli-belah sebelum pulang.

David, peniaga beg yang sangat peramah.
Sedang asyik memilih tudung sambil mengomel kepada penjual tudung tu, Izza tanpa sengaja terpijak kaki peniaga yang berbaju biru berbelang tu. Haha.. itulah, kalau membeli-belah terus lupa diri sampai terpijak kaki penjual.
“Kakak dah marah. Sampai pijak kaki saya. Dah murah dah tu kak. Tak boleh murah lagi“. Hahahaha.. Maaf ler.Tak sengaja.
Gambar di sebelah kanan namanya David. 2 biji beg Izza beli dari dia. Memang seronok la dia tengok Izza singgah di kedai dia sampai 2 malam berturut-turut. Sampai dah kenal dah.

Dan untuk kali terakhir, kami minum kopi di bandar ini sebelum pulang. Serius, kopi Vietnam memang akan dirindui.
Hari pertama. Hari kedua. Hari ketiga. Hari keempat.