Hari terakhir sebelum meninggalkan Gunung Kinabalu. Hati terasa sayu. Seperti cintaku tertinggal di situ. Eh? Hmm.. tapi betul-betul sedih. Ingatkan Izza seorang je yang terasa begitu. Rupanya yang lain juga sama.

Perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan, John bercerita tentang asal-usul nama Gunung Kinabalu. Ceritanya tentang seorang perempuan yang bernama Kina dari China, yang datang ke Sabah. Kemudian suaminya meninggal dunia. Kina mendaki ke atas gunung membawa hati yang lara. Menurut kepercayaan, tempat tinggi adalah paling dekat dengan roh suaminya. Kina kemudiannya meninggal dunia di situ dan mayatnya dibawa turun oleh ahli keluarganya. Menurut John lagi, kubur Kina ada terdapat di kaki gunung Kinabalu sehingga hari ini. Kalau John tipu, bermaksud Izza pun menipu la. haha..

Kami singgah di Rumah Terbalik. Mungkin menarik bagi orang lain, tapi bagi kami biasa-biasa saja. Dan sempat Izza menegur pelancong dari Semenanjung. Dia dan kumpulannya baru hendak ke Kundasang setelah bercuti di Kota Kinabalu. Kami pula sebaliknya.



Sampai di Kota Kinabalu, kami ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Rupanya kuih cincin di sini lagi murah berbanding di Kundasang. Banyak yang menarik untuk dibeli di sini. Tapi Izza tak berniat nak membeli-belah pun. Sebab selalunya barangan kraftangan akan berhabuk di rumah. Izza beli magnet peti ais dan kuih cincin kegemaran.


Setelah meronda pasar, perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Negeri Sabah. Izza sangat suka muzium, banyak benda baru boleh dipelajari. Tetapi memandangkan sudah penat, tak larat nak baca semua. Dalam kawasan muzium juga terdapat perkampungan kebudayaan yang menempatkan rumah-rumah tradisional mengikut suku kaum di Sabah ini.


Kami makan tengahari di kafe berdekatan muzium.

Dan destinasi terakhir sebelum John meninggalkan kami di Kota Kinabalu, kami singgah di Menara Jam Atkinson dan satu K.K Cafe View iaitu sebuah kafe di atas bukit di mana kami dapat melihat seluruh bandar Kota Kinabalu.



Kemudian John menghantar kami ke Marina Court, apartment yang akan menjadi kediaman kami untuk malam terakhir di sini.
Dan Izza sangat terharu apabila Ned, kawan sewaktu di matrik dulu dan sekarang bertugas di Keningau datang berjumpa Izza. Kami keluar makan malam di kedai makanan laut di Jalan Todak.

Dan kali pertama Izza mencuba latok, sejenis rumpai laut.

Latok.
Ikan bakar.
Sotong telur masin. Sangat sedap.
Berakhirlah hari yang menyeronokkan. Esok dah nak balik ke Semenanjung.
Kundasang Hari Pertama. Kundasang Hari Kedua. Kundasang Hari Ketiga. Kota Kinabalu Hari Keempat. Kota Kinabalu Hari Kelima.