Saigon Bowl, Georgetown, Pulau Pinang.

Hari ini Izza mencuba tempat makan baru yang agak viral di Facebook iaitu Saigon Bowl yang terletak di Beach Street, Georgetown. Terima kasih kepada Nuur yang sudi belanja Izza untuk makan-makan sempena hari lahir tahun ini.

Tema kedai ini ialah makanan Vietnam. Tempat yang sangat menarik untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan. Izza bayangkan kedai ini adalah kedai hipster yang sesak, rupanya tempat yang sangat selesa.

IMG20180927170530

Ruang makan yang sangat luas dan selesa. Kami meluangkan masa lebih kurang 2 jam setengah di sini.

2018-09-27-17-18-31

Pandangan atas hidangan kami untuk hari ini.

IMG-20180927-WA0010

Izza memesan Pho Sliced Beef, dan Nuur memesan Dry Pho Chicken Breast. Sedap. Boleh rekomen kepada orang lain. Izza pernah mencuba Pho di vietnam. Tetapi tidak menepati citarasa tekak Melayu Izza. Tapi di Saigon Bowl, Pho yang dihidangkan sangat sedap sampai Izza hirup kuah.

IMG20180927174602 1

  1. Vietnamese crispy spring rolls.
  2. Vietnamese fresh spring rolls yang dikenali ramai ( Izza pernah cuba di Ho Chi Minh dan Izza tak menggemarinya. Tapi yang ini boleh layan)
  3. Chạo tôm – Vietnamese sugarcane prawn cake. Yang menariknya batangnya dibuat dari tebu, jadi anda boleh mengunyah batang tersebut setelah habis prawn cake. Rasanya mengingatkan Izza kepada otak-otak yang selalu nenek sediakan waktu zaman kecil dahulu.
  4. Sweet Cassava Rolls. Sedap. Izza suka.

IMG20180927170807

Vietnamese Pandan Green Tea sejuk untuk Izza dan kopi susu Vietnam untuk Nuur.  Teringat memori minum kopi di pasar malam Benh Thanh setelah penat membeli-belah.

IMG20180927174606

Bánh khọt – makanan vietnam berupa penkek yang kecil (seperti kuih cara berlauk) yang diisi dengan udang dan dihidangkan bersama sos ikan yang pedas dan manis.  Sedap!

Dan usah khuatir kerana restoren ini telah mendapat sijil halal JAKIM. Mungkin di lain kunjungan, Izza mahu mencuba set steamboat pula. Nampak menarik. Ada set steamboat untuk seorang dan ada set untuk dikongsi beramai-ramai.

Waktu operasi: 12 tengahari- 10 malam.                                Alamat: 20A&B, The Whiteaway Arcade, Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang                                                                    Facebook: Saigon Bowl.