Izza ke Langkawi. Hari Pertama.

Percutian kedua bersama teman baik, kak Farah setelah Ho Chi Minh pada tahun 2016. Kali ini Kak Farah dari kuantan ke Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang kami menaiki penerbangan Airasia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Airport (3)

Sampai di Langkawi kami menaiki Grab dari lapangan terbang ke Sweet Inn Motel di Pantai Chenang. Sebaik sahaja mendaftar masuk, kami makan tengahari di kedai berdekatan dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu melawat pulau-pulau atau ‘Island Hopping’.

Bersedia dengan pakaian untuk terus mandi, kami menaiki grab ke jeti . Boat Diva (6)Pakej lawatan pulau telah ditempah terlebih dahulu. Dari jeti, kami menaiki bot untuk melihat keindahan Pulau Dayang Bunting atau The Pregnant Maiden Island. Memang kelihatan bentuknya seperti wanita mengandung sedang berbaring.  Bot kami mendekati pulau tersebut dan berhenti di jeti. Kami turun dari bot dan sedikit mendaki sebelum menyaksikan pemandangan yang sangat indah Tasik Dayang Bunting yang terletak di tengah pulau tersebut. Banyak pakej disediakan seperti mandi-manda, mengayuh paddle boat dan mendayung canoe. Memandangkan masa yang diberi hanya sejam, kami memilih untuk mandi sahaja di tasik air tawar tersebut.

DB Far (4)

DB (3)

Tanpa menukar baju bot membawa kami ke Pantai Beras Basah. Kami diberi masa sejam untuk bermandi-manda dan menikmati keindahan pantai itu.

BB Duo (2)

Juga termasuk dalam pakej adalah pergi melihat burung helang diberi makan. Setelah itu bot membawa kami pulang ke jeti. Maka tamatlah lawatan pulau dan semua itu dalam pakej yang berharga RM30 sahaja! Murah kan. Yang paling terbaik adalah pemandu bot tersebut. Sangat cekap dengan skill “kona baring” sampai kami bertepuk tangan dalam bot selepas menjerit panik. Hahaha.. pengalaman terbaik.

Dari jeti kami pulang ke motel menggunakan Grab. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami keluar berjalan kaki di sekitar Jalan Pantai Chenang, banyak deretan kedai untuk membeli-belah dan makan malam. Kami memilih untuk makan malam di tapak “food truck”.

Food Truck (5)

Seusai makan, acara malam diteruskan dengan membeli belah terutama pakaian. Tamatlah hari pertama kami di Langkawi.