Izza ke Langkawi. Hari Kedua.

Bersemangat bangun pagi hari ini. Pakej seharian ke Pulau Payar telah ditempah awal. Bas persiaran datang menjemput kami berdekatan motel kami dan kemudian menjemput penumpang-penumpang lain di hotel masing-masing.

On Feri (1)

Pakej berharga RM150 termasuk feri pergi dan balik, makanan dan kelengkapan snorkelling. Makanan biasa-biasa sahaja tetapi sebab lapar, makan je la.

Kami juga menyewa kamera GoPro sebab rasanya sangat rugi tidak dapat mengabadikan pemandangan indah di dasar laut.

20190325_143312A

Sebelum ini Izza pergi snorkelling beberapa kali di pulau-pulau lain. Tetapi pengalaman setiap kali snorkelling ternyata berbeza. Kali ini Izza berpeluang memegang timun laut, landak laut (sea urchine), melihat ikan kerapu naik untuk makan, melihat ikan badut (clown fish) atau nama popularnya Nemo. Kecil je saiz ikan tu. Sebenarnya agak bahaya menyentuh landak laut, tetapi dengan pemerhatian dan tunjuk ajar dari yang pakar, dapat juga kami pegang walaupun takut dan geli. Di Pulau Perhentian dulu Izza sempat melihat penyu dan sotong berenang sewaktu snorkelling.

20190325_143135A_snap
Geli sebab lembik.
20190325_142015A
Takut sebab tajam.
20190325_141510A_snap
Nemo a.k.a clown fish a.k.a ikan badut.

Bila mode bercuti, Izza secara semulajadi terlebih peramah. Hasilnya kami berbaik-baik dengan beach boys yang bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan snorkelling ini. Merekalah yang mengajak kami snorkelling ke tempat yang banyak ikan, mengumpan ikan-ikan datang kepada kami.

Makan (3)

Satu pengalaman yang sangat berharga bagi Izza ialah apabila melihat ikan kerapu yang sangat besar keluar dari celah batuan dan berenang ke atas untuk keluar makan. Terkagum sekejap Izza untuk seketika. Dalam hati cuak juga takut ikan tu datang gigit. hahaha.. Walaupun sangat suka snorkelling tapi sebenarnya Izza ni sedikit thalassophobia.

20190325_135115A_snap

Tengahari tibalah masa untuk pulang. Beratnya hati meninggalkan Pulau Payar. Tambah pula dah jadi geng dengan beach boys. Banyak informasi yang Izza dapat dari mereka. Kagum dengan kerja mereka. Kurang stress berbanding pekerjaan lain.

Geng (1)

Dalam perjalanan balik, kami duduk di tingkat bawah feri. Seorang beach boy datang memanggil kami, memberi peluang kami merasai pengalaman berada di tingkat atas. Tapi agak sedikit hanyut, kami kembali ke tingkat bawah.  Yang pasti, lena kami terasa begitu puas sebab semua pun penat. Sampai di jeti, kami dihantar pulang dengan bas ke penginapan masing-masing.

Feri Air (3)

Petang itu, kami mendapat kereta sewa yang telah ditempah terlebih dahulu. Agak sukar mendapatkan kereta sewa dan harganya agak mahal berbanding biasa memandangkan LIMA Langkawi sedang berlangsung.

Jadi memandu ke Pekan Kuah untuk berjalan-jalan dan makan malam di Uncle Jai Cafe. Sampai hari ni teringat lagi moi nasi berlauk.

rptnb

20190325_123119A

Pengalaman yang terlalu berharga. Jadi ingatan sampai tua.