Puding Karamel

20210127_114041

Semalam teringin sangat puding telur ni. Atau ada yang panggil puding karamel, ada juga puding gula hangus. Tambah pula makan sejuk-sejuk. Jadi Izza buat la puding ni

Puding Karamel:

  • Bahan-bahan gula karamel:
    • 1/4 cawan gula, tambah 1 sudu besar gula
    • 3 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk puding:
    • 5 biji telur, saiz B
    • 1 tin susu cair
    • 150ml air
    • 1/4 cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Masakkan bahan-bahan gula caramel sehingga perang. Gunakan api kecil agar tidak hangit.
  2. Masukkan dalam loyang dan biarkan.
  3. Untuk puding pula, satukan semua bahan-bahan puding dalam mangkuk. Dan kacau menggunakan whisk.  Jangan terlebih pukul. Cukup untuk larutkan gula dan adunan sebati.
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
  6. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit
  7. Kemudian biarkan sejuk sebelum diterbalikkan di dalam pinggan. Terbalikkan dengan laju untuk mengelakkan air gula tumpah.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia dimakan.

Izza guna Tefal Multicooker CY625D mode steam selama 30 minit.

20210127_114124

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *